Rasanya, semua orang tahu tentang Sukan Olimpik, lagi-lagi mereka yang memang minat acara kesukanan ini. Sukan yang mula diperkenalkan pada abad ke-19 ini diadakan setiap empat tahun sekali. Ia juga dikenali sebagai Olimpik Musim Panas.

Pada tahun hadapan, giliran Tokyo pula menjadi tuan rumah bagi temasya yang penuh berprestij ini. Ini merupakan kali kedua Tokyo mendapat tempat sebagai tuan rumah sejak Sukan Olimpik dianjurkan. Sukan Olimpik di Tokyo dikhabarkan bakal berlangsung pada Julai sehingga 9 Ogos 2020.

Sebut sahaja negara Jepun, tak cukup Jepun kalau tak ada anime! Betul tak? Jepun berjaya mencuri perhatian seluruh pelosok dunia apabila tampil dengan rekaan karakter anime daripada bendera setiap negara yang bertanding dalam sukan tersebut.

Karakter-karakter anime yang diimaginasikan dengan gabungan bendera setiap negara itu dipaparkan menerusi satu laman sesawang Jepun. Apa yang lebih membanggakan adalah ia turut memaparkan karakter anime yang mengenakan busana bercorak bendera kemegahan kita iaitu Jalur Gemilang.

Malah, setiap karakter juga diberikan nama yang tersendiri. Anime samurai yang melambangkan Malaysia diberi nama ‘Child of the Sun and Moon’. Nama tersebut dipercayai diinspirasikan daripada simbol ikonik Jalur Gemilang itu sendiri.

Pada masa yang sama, rekaan itu juga datang bersama dengan peribahasa seperti mentimun dengan durian yang turut dialih bahasa ke bahasa Jepun.

Selain Malaysia, terdapat juga beberapa negara Asia lain yang turut diimaginasikan menjadi anime samurai. Berikut kami kongsikan karakter anime negara lain yang dipaparkan di laman sesawang World Flags:

1. Indonesia

2. Thailand

3. Singapura

4. Filipina

Jadi, karakter anime mana satu yang paling anda suka?

Ikuti Kami Di Ruang Internet Anda
0
like
1
love
0
haha
1
wow
0
sad
5
angry