Mampu Hidup Lama Meskipun Tanpa Kepala, Ini 5 Fakta Tentang Lipas

Lipas merupakan sejenis serangga yang berbentuk bujur, berwarna perang gelap dan berbadan leper. Ia turut memiliki sesungut yang agak panjang pada bahagian mulutnya.

Tahukah anda? Selain bermanfaat dalam dunia perubatan, lipas turut mempunyai 5 fakta menakutkan namun menarik untuk diketahui.

Berikut merupakan 5 fakta tentang serangga tersebut:

1. Mempunyai nyawa yang panjang

Lipas merupakan sebahagian daripada serangga yang mampu bertahan untuk terus hidup meskipun bahagian kepalanya telah dipotong atau tidak berfungsi lagi.

Berbeza dengan manusia, lipas boleh bernafas menerusi lubang-lubang kecil yang terdapat pada tubuhnya. Oleh itu, amat sukar untuk serangga ini terus mati dalam jangka waktu terdekat.

Namun begitu, kemampuan lipas untuk hidup dan bertahan lebih lama tanpa berkepala adalah nipis berikutan ketidakupayaannya dalam mendapatkan makanan atau minuman.

Hal ini kerana mulut merupakan satu-satunya bahagian pancaindera yang berfungsi untuk mengunyah makanan dan minuman.

Maka, tempoh paling lama serangga ini boleh bertahan tanpa berkepala sekurang-kurangnya dalam satu hingga dua minggu.

2. Tidak suka disentuh oleh manusia

Untuk pengetahuan anda, lipas merupakan serangga yang sangat benci akan sentuhan manusia. Baginya, sentuhan daripada manusia akan membahayakan kewujudannya.

Oleh sebab itulah, secara semuladinya, lipas akan berlari atau berterbangan bagi menyelamatkan dirinya daripada makhluk yang lebih besar seperti manusia.

Jangan bersedih jika anda dibenci lipas, kerana semua makhluk yang lebih besar daripada serangga ini akan turut dijauhi dek kerana mahu melindungi bahagian tubuhnya, iaitu antena.

Perlu diketahui bahawa antena merupakan sebahagian daripada badan lipas yang sangat sensitif. Maka, sebagai langkah berjaga-jaga, serangga ini akan segera lari daripada makhluk yang dirasakannya boleh memberi ancaman buruk.

3. Gemar akan telinga manusia

Tahukah anda? Walaupun lipas ini membenci sentuhan manusia, namun terdapat satu bahagian pancaindera manusia yang paling digemarinya iaitu telinga.

Tahi telinga manusia umumnya akan menghasilkan asid lemak berwap yang mampu menarik deria lipas untuk bergerak ke arah manusia.

Ditambah lagi dengan keadaan telinga manusia yang kecil dan sempit laluannya, lipas akan menyangka bahawa ia sesuai untuk dijadikan tempat tinggalnya.

Maka, tidak hairanlah jika banyak kes lipas berumah atau masuk ke dalam telinga dan kepala manusia sewaktu di malam hari, yakni tatkala mereka sedang lena diulit mimpi.

4. Berupaya menggigit manusia

Umumnya, lipas merupakan sejenis serangga omnivor yang mampu berevolusi mengikut persekitarannya.

Maka, tidak hairanlah jika serangga ini cenderung untuk makan hasil tumbuh-tumbuhan, sisa-sisa makanan atau juga manusia.

Asalnya, serangga yang paling ditakuti oleh manusia ini tidaklah menggigit, namun dalam keadaan yang mendesak, ia mampu bertindak sedemikian.

5. Berkebolehan tukar kelajuan ketika berlari

Lipas juga mampu untuk menggantikan ‘gear’ kelajuannya semasa berlari. Kebanyakan lipas mampu meloloskan dirinya dengan pantas apabila berhadapan dengan sebarang ancaman. Sebagai contoh, apabila serangga ini dikejar oleh manusia untuk dihapuskan dan dibunuh dengan segera.

Suatu kajian pernah dijalankan untuk melihat bagaimana serangga ini berlari. Hasilnya, saintis mendapati bahawa lipas akan menggantikan tahap kelajuannya ketika berlari dengan mengubah kedudukan kakinya.

Cara penggantian melalui kedudukan kaki ini dikenal pasti oleh para saintis terdahulu sebagai gaya Tripodal bergantian. Oleh sebab itu, lipas berlari lebih pantas daripada manusia. Tidak hairanlah jika terdapat segelintir manusia yang takut lipas akan berlari selaju mungkin untuk melindungi dirinya daripada dihinggapi oleh serangga tersebut.

Semoga sahaja perkongsian mengenai lipas ini sedikit sebanyak memberikan anda informasi yang berguna.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca