Linkin Park Perlukan Bantuan Peminat Untuk Ulang Tahun Ke-20 Hybrid Theory

Linkin Park, satu nama besar di dalam dunia Rock antarabangsa. Album klasik mereka, Hybrid Theory bakal berusia 20 tahun pada 24 Oktober 2020. Sempena rilisan hebat tersebut, kugiran tersebut mempunyai kejutan untuk para peminat.

Menerusi status Twitter rasmi, Linkin Park meminta pertolongan para peminat mereka untuk menyumbangkan koleksi Hybrid Theory sekitar era 2000 sehingga 2002. Sebagai contoh seperti tiket konsert, gambar, video dan barangan yang berkaitan dengan album klasik tersebut. Mereka bakal membuat suatu yang istimewa untuk album yang sudah berusia 20 tahun itu.

Berita ini sudah tentu mengembalikan nostalgia buat peminat setia mereka yang menantikan projek khas album itu. Rilisan tersebut mempunyai banyak lagu hit seperti Papercut, Crawling, Runaway dan In The End. Hybrid Theory bukan sahaja mencetuskan fenomena di Malaysia, malahan serata dunia. Bermulanya era Nu-Metal dalam peta muzik Rock.

Linkin Park telah menghasilkan tujuh album sepanjang mereka bersama. Album terakhir mereka, One More Light diriliskan beberapa bulan sebelum kematian Chester Bennington. Mendiang selaku penyanyi utama telah pergi buat selamanya disebabkan membunuh diri. Berita kematiannya mengejutkan seluruh dunia serta menjadi satu kehilangan besar buat dunia Rock.

Sumber: Loudwire

Untuk membaca artikel yang berkaitan dengan muzik Rock, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca