Lindungi Premis Judi Sungai Buloh, 3 Lagi Penguat Kuasa MBSA Direman

Susulan pendedahan berkenaan aktiviti perjudian dan penjualan rokok seludup di Sungai Buloh yang menjadi tular di media sosial baru-baru ini, tiga lagi penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah direman selama enam hari bagi membantu siasatan.

Memetik laporan Astro Awani, perintah reman yang bermula hari ini sehingga 19 Ogos itu dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret di Putrajaya.

Difahamkan, ketiga-tiga suspek yang berusia antara 40 dan 43 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya antara pukul 1 dan 2 petang semalam. Mereka telah hadir ke ibu pejabat SPRM itu untuk memberi keterangan berhubung kes ini.

Sumber: MalaysiaGazette

Terdahulu, SPRM telah mendapat perintah reman terhadap enam individu termasuk seorang peniaga selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes yang sama selepas mereka dipercayai mengutip dan menerima suapan sebanyak RM300 hingga RM3,500 sebulan daripada beberapa peniaga di kawasan itu.

Selain berperanan untuk melindungi premis tertentu, ada di antara mereka didakwa berperanan sebagai pengkhianat dengan membocorkan maklumat berhubung operasi-operasi yang bakal dilaksanakan. Ia sekali gus menyebabkan setiap operasi yang dijalankan gagal dan diketahui awal oleh peniaga-peniaga haram.

Baru-baru ini, tular dua klip video yang disiarkan secara langsung menerusi laman sosial Facebook Hot Burger Malaysia serta dikongsi di akaun peribadi Mohd Asri Hamid atau lebih dikenali sebagai Asri Janggut di mana dia mendakwa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadap kes judi selain turut mendedahkan lokasi perjudian di Bandar Baru Sungai Buloh.

Susulan pendedahan itu, SPRM tampil melakukan siasatan terhadap dakwaan berkenaan dan mendapat kerjasama Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman bagi menyiasat dakwaan tersebut.

Untuk baca artikel-artikel lain berkenaan kes judi Sungai Buloh ini, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca