5 Pemikiran Negatif Yang Kita Miliki Tanpa Disedari

      Tahukah anda terdapat lima jenis pemikiran negatif yang kita miliki tanpa disedari?

  1. Pemikiran hitam dan putih atau dalam erti kata lain ada atau tiada langsung atau dichotomous thinking.

     Pemikiran hitam dan putih  atau dichotomous thinking ini adalah menganggap semua perkara adalah bagus atau tidak bagus, selamat atau bahaya.

     Ini menunjukkan tiada kesamarataan. Pemikiran ini juga merujuk kepada perkara yang sempurna  sahaja ataupun perkara yang gagal sepenuhnya.

Tidak wujud  pemberat di tengah-tengah.

2. Pemikiran yang memfokuskan perkara yang negatif sahaja.

    Pemikiran ini lebih berkisarkan tentang fokus terhadap perkara yang negatif, menakutkan atau tidak adil dan terus mengabaikan perkara yang baik.

  

3. Pemikiran yang menyalahkan diri atau personalization.

     Semua perkara hanya tentang diri anda. Rakan anda berasa sedih, anda menganggap ia salah anda. 

     Selain itu, contoh lain adalah ayah anda tidak bersetuju dengan anda, lalu anda menganggap dia mencuba membuat anda marah.

4. Pemikiran yang membaca minda atau mind reading.

     Anda berfikir yang semua orang berkata tentang anda. Anda mudah berasa marah walhal semua itu hanya imaginasi anda sendiri.

5. Pemikiran yang selalu meletakkan kesalahan pada orang lain.

    Anda sering menyalahkan orang lain dalam setiap masalah yang anda hadapi. Anda selalu menganggap yang orang lain perlu bertindak bagi menyelesaikan masalah anda.

     Sedangkan anda mampu untuk menyelesaikannya sendiri.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

   

Artikel Lain Untuk Di Baca