Lima Menu Dalam K-Drama Ini Boleh Didapati Di Restoran KC&T Korean Chicken And Tea Di Bangi

Rata-rata peminat K-Drama pasti sudah tidak asing lagi dengan babak-babak mukbang yang sememangnya wajib ada dalam mana-mana K-Drama sekali pun. Pastinya, babak-babak itu akan membuatkan kita rasa teringin untuk mencuba menu-menu dalam K-Drama tersebut. Mujurnya, Restoran KC&T Korean Chicken and Tea di Bandar Baru Bangi ada menyediakan menu-menu yang mungkin sudah sering anda lihat dalam K-Drama yang boleh buat anda terliur.

Rancangan drama Korea bukan sahaja mampu menangkap emosi dengan jalan ceritanya, menawan hati dengan para pelakon yang penuh visual tetapi juga turut berjaya menggamit selera penonton dengan makanannya. Mereka menggunakan cara ini sebagai salah satu strategi food tourism negara mereka.

Berikut adalah lima menu yang para peminat K-Drama boleh dapati di Restoran KC&T Korean Chicken and Tea di Bandar Baru Bangi bermula 1 Julai 2021.

1. Korean Fried Chicken

Kim Bok-Joo yang sedang menikmati Korean Fried Chicken. Sumber: Youtube

Seruan kepada peminat K-Drama berjudul Weightlifting Fairy Kim Bok-joo yang rasa nak bercinta selepas tengok dua pelakon terkenal Lee Sung-kyung dan Nam Joo-hyuk ini, anda juga pasti rasa tergiur apabila melihat adegan-adegan mukbang dalam cerita tersebut, kan?

Lebih-lebih lagi apabila Kim Bok-joo makan Korean Fried Chicken bersama rakan-rakannya. Walaupun di balik layar skrin televisyen, kita boleh dengar dan rasakan kerangupan ayam goreng Korea itu.

Sumber: Twitter

Jadi, ini merupakan salah satu petanda bahawa anda perlu segera pesan di Restoran KC&T Korean Chicken and Tea kerana mereka menyediakan Korean Fried Chicken seperti yang dinikmati oleh Bok-joo. Jadi, bolehlah anda feeling-feeling seperti makan di Korea tanpa perlu terbang ke sana.

Di Restoran KC&T Korean Chicken and Tea, anda akan diberikan tiga jenis seleksi set iaitu set 4 keping (2 wingettes dan 2 drumettes), 6 keping (3 wingettes dan 3 drumettes) dan 12 keping (6 wingettes dan 6 drumettes) untuk anda nikmati. Anda juga boleh menambah sos keju tambahan untuk dimakan bersama Korean Fried Chicken.

Tujuh jenis perisa Korean Fried Chicken: Soy Garlic Sauce, Hot & Spicy Sauce, Honey Butter Sauce, Original, Butter Cream Sauce, Parmesan Cheese + Sauce dan BBQ Sauce

Bukan itu sahaja, Restoran KC&T Korean Chicken and Tea ini juga menghidangkan ayam goreng yang disalut bersama sos pilihan anda. Sos yang disediakan bukan cuma satu, tetapi terdapat tujuh jenis perisa yang berbeza-beza untuk anda cuba. Antara perisa yang disajikan ialah Original, Soy Garlic Sauce, Hot & Spicy Sauce, Honey Butter Sauce, Butter Cream Sauce, Parmesan Cheese + Sauce dan BBQ Sauce.

2. Ramyeon

Sumber: Youtube

Bukan rancangan drama Korea namanya kalau tidak ada hidangan Ramyeon yang cukup menggambarkan keenakan yang bakal menerjah deria rasa walaupun melalui layar skrin sahaja. Untuk pengetahuan anda, Ramyeon merupakan salah satu makanan utama bagi orang-orang di Korea.

Jika anda hantu K-Drama, anda pastinya pernah menonton adegan Cheon Song Yi yang dibintangi oleh Jun Ji Hyun dalam drama Korea yang bertajuk My Love From The Star di mana dia telah menghabiskan semangkuk Ramyeon yang pada asalnya cuma mahukan tiga suapan sahaja.

Tidak lupa juga rancangan drama Korea What’s Wrong With Secretary Kim di mana Kim Min So yang dilakonkan oleh Park Min Young, seorang setiausaha telah memperkenalkan cara makan Ramyeon bersama Kimchi kepada majikannya, Lee Young Joon yang dibintangi oleh Park Seo Joon.

Kombinasi Ramyeon dan Kimchi ini bukanlah sesuatu yang biasa bagi orang Korea, tetapi apabila melihat rancangan K-Drama ini, rata-rata mula mencuba dan ramai yang tertarik dengan kombinasi kedua-dua hidangan tersebut.

Sumber: Youtube

Berita baik kepada peminat K-Drama ini yang sudah lama mengidam ingin mencuba hidangan tersebut, Restoran KC&T Korean Chicken and Tea ini juga ada menyajikan hidangan Ramyeon untuk anda nikmati. Restoran ini juga ada menggabungkan Kimchi dan Ramyeon yang digoreng untuk anda cuba sendiri betapa lazatnya kombinasi antara kedua-dua sajian signature orang Korea.

Kimchi Fried Noodle dan Dakgalbi Spicy Noodle

Terdapat dua jenis Ramyeon yang disediakan untuk anda pilih iaitu Kimchi Fried Noodle dan juga Dakgalbi Spicy Noodle. Bukan itu sahaja, anda juga boleh menambah menu sampingan seperti dua keping Korean Fried Chicken perisa Original, tiga biji Salmon Balls atau lima keping ayam Boneless Bite untuk dinikmati bersama Ramyeon pilihan anda.

Original Korean Fried Chicken, Salmon Balls dan Boneless Bite

3. Kimchi Fried Rice

Kimchi Fried Rice yang dimasak oleh Choi Han Kyul untuk Go Eun Chan. Sumber: Youtube

Kimchi Fried Rice ini sememangnya salah satu hidangan yang cukup terkenal di Korea. Bintang hidangan ini sudah semestinya Kimchi yang digoreng bersama nasi dan bahan-bahan tambahan lain seperti daging cincang dan juga sayuran. Sebagai pelengkap sajian, Kimchi Fried Rice juga disempurnakan dengan telur mata goreng untuk dinikmati bersama nasi goreng kegemaran ramai ini.

Bagi peminat rancangan drama Korea sejak dahulu lagi, siapa sahaja yang tak kenal dengan drama Coffee Prince lakonan Gong Yoo dan juga Yoon Eun-hye yang menduduki tempat pertama di hati para penonton pada tahun 2007.

Sumber: Youtube

Dalam drama yang diminati ramai itu, terdapat sebuah babak di mana hero idaman ramai, Choi Han Kyul memasakkan Kimchi Bokkeumbap atau lebih dikenali sebagai Kimchi Fried Rice kepada Go Eun Chan. Lebih menggiurkan apabila melihat Go Eun Chan yang menyantap hidangan tersebut dengan penuh selera.

Kimchi Fried Rice

Sekarang, anda tidak perlu risau lagi jika tiada siapa yang boleh masakkan untuk anda kerana Restoran KC&T Korean Chicken and Tea ini juga siap untuk memuaskan craving sesiapa sahaja yang sudah lama teringin nak makan Kimchi Fried Rice. Seperti hidangan Ramyeon, anda juga boleh makan bersama hidangan sampingan pilihan mengikut citarasa anda sendiri.

Kepada sesiapa yang ingin mencuba sesuatu yang lain, atau kepada sesiapa yang masih belum terbiasa dengan hidangan Korea, anda juga boleh mencuba Salted Egg Fried Rice. Dengan ini, anda juga boleh makan bersama rakan-rakan anda walaupun anda mempunyai tekak dan citarasa orang Melayu.

4. Tteokbokki

Sumber: Pinterest

Memperkenalkan Tteokbokki, bintang utama kepada hidangan bagi orang-orang di Korea. Kepada sesiapa yang tidak mengenali hidangan ini, Tteokbokki ialah kek beras ataupun rice cake yang digaul mesra bersama kuah pedas. Anda juga boleh menikmati hidangan Tteokbokki ini bersama fish cake atau pun keju untuk merasakan kenikmatan yang berganda.

Sumber: Cosmo.ph

Di dalam rancangan drama Korea berjudul I Am Not a Robot, terdapat babak di mana Kim Min-kyu yang dilakonkan oleh Yoo Seung-hoo, menyediakan Tteokbokki yang dijamin buat anda tak senang duduk. Kim Min-kyu menggunakan bahan-bahan istimewa seperti udang galah, abalon dan juga sotong dalam sajian Tteokbokkinya itu.

Teokbokki

Street food kegemaran ramai ini juga boleh didapati di Restoran KC&T Korean Chicken and Tea. Teokbokki di restoran ini mengikut resipi klasik orang Korea dan gerenti akan buat korang mengidam nak lagi dan lagi. Macam biasa, anda juga boleh add-on dengan seleksi hidangan sampingan pilihan anda untuk melengkapkan lagi sajian anda.

5. Burger

Sumber: Korean Dramaland

Kalau anda tonton rancangan K-Drama bergenre romantik yang berjudul My First First Love ini, pasti anda pernah lihat adegan di mana Do Hyun dan Tae-oh duduk di bahagian rooftop restoran dan menikmati hidangan burger sambil berbual-bual.

Walaupun burger kelihatan seperti menu yang mudah untuk didapati di Malaysia, tetapi Restoran KC&T Korean Chicken and Tea ada menghidangkan burger ala-ala Korea beserta dengan Fries. Anda juga diberi pilihan untuk memilih patty burger mengikut citarasa masing-masing iaitu Chicken Chop atau Chicken Breast. Sebagai penambah perasa, anda juga boleh memilih tujuh sos berbeza untuk disalut bersama patty burger anda. Bukan itu sahaja, anda juga boleh add-on sunny egg atau telur mata untuk meningkatkan lagi kenikmatan anda.

Burger Chicken Chop

Pembukaan Restoran KC&T Korean Chicken and Tea

Berita gembira kepada peminat makanan Korea yang seringkali buat perut bergendang apabila melihat pelakon K-Drama atau idol K-Pop kegemaran anda makan hidangan-hidangan tersebut, Restoran KC&T Korean Chicken and Tea akan muncul buat pertama kalinya di Malaysia di Bandar Baru Bangi pada 1 Julai 2021 ini.

Restoran KC&T Korean Chicken and Tea ini bukan sahaja menyajikan hidangan Korea yang halal dan terkenal seperti Korean Fried Chicken dan Ramyeon, tetapi juga minuman kegemaran si hantu boba iaitu Milk Tea Permata Hati.

Kalau menu-menu ini belum cukup untuk buat anda terliur, anda perlu cuba sendiri untuk merasakan pengalaman makan hidangan Korea halal yang bukan sahaja sedap tetapi juga berpatutan dengan harga.

Lokasi restoran ini juga bertempat sederet dengan restoran Nippon Sushi dan MyViets di cawangan Bandar Baru Bangi. Anda juga boleh menaip Nippon Sushi Bangi atau MyViets Bangi di Waze atau Google Maps jika ingin ke Restoran KC&T Korean Chicken and Tea yang terletak berdekatan dengan dua restoran tersebut.

Alamat: No. 11-G-1, Jalan Medan PB2A, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

Cara Memesan Delivery Dari Restoran KC&T Korean Chicken and Tea

Restoran yang berkonsepkan fast food yang berfokuskan kepada delivery dan self-pickup ini juga sesuai untuk anda tapau bila-bila masa sahaja.

Jadi, kalau anda tiba-tiba ada rasa mengidam untuk makan sajian Korea, anda boleh memesan menu pilihan masing-masing untuk delivery terus ke rumah anda melalui laman web ini.

Namun, jangan risau kerana Restoran KC&T Korean Chicken and Tea masih menyediakan perkhidmatan dine-in apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat nanti.

Promosi Sempena Pembukaan Restoran KC&T Korean Chicken and Tea

Sempena pembukaan Restoran KC&T Korean Chicken and Tea buat pertama kalinya di Malaysia, mereka akan mengadakan promosi khas untuk anda semua.

Anda akan menerima diskaun sebanyak 50% untuk sebarang minuman yang terdiri daripada Milk Tea Permata Hati, Susuper Delicious, Si Buah Hati dan juga Sonata Musim Sejuk.

Diskaun ini hanya akan diberikan jika anda membeli bersama hidangan makanan daripada Hot Foods, tidak termasuk Snacks iaitu Fries dan juga Chicken Skins. Memang berbaloi!

Cheesy Oreo Pearl Milk Tea dari Milk Tea Permata Hati Series dan Brown Sugar Pearl Milk Tea dari Susuper Delicious Series.

Pemilik Restoran KC&T Korean Chicken and Tea

Anda pasti sudah mengenali kedua-dua restoran makanan Jepun halal yang menjadi pilihan ramai iaitu Nippon Sushi serta restoran makanan Vietnam halal yang terkenal bernama MyViets, kan?

Kalau anda nak tahu, pemilik bagi kedua-dua restoran Nippon Sushi dan MyViets, Puan Siti Noraini, juga merupakan pemilik kepada Restoran KC&T Korean Chicken and Tea.

Kali ini, Puan Siti Noraini memilih untuk membuka sebuah restoran berkonsepkan fast food yang menghidangkan makanan Korea halal kepada anda semua. Restoran KC&T Korean Chicken and Tea ini menggabungkan dua menu yang mendapat permintaan tertinggi dalam pasaran Food & Beverages (F&B) di Malaysia iaitu Korean Fried Chicken dan juga Taiwanese Pearl Milk Tea.

Jadi, kemunculan Restoran KC&T Korean Chicken and Tea ini dijamin dapat menambat hati anda dengan hidangan Korea halal yang dijamin halal dan menyelerakan.

Pembukaan Cawangan Restoran KC&T Korean Chicken and Tea

Satu-satunya jenama restoran Korea halal yang baru muncul di Malaysia bernama Restoran KC&T Korean Chicken and Tea ini telah bertungkus lama selama 18 bulan dan telah berbelanja sebanyak RM500,000 dalam Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) untuk mencari makanan yang dirumuskan yang terbaik dan juga bahan-bahan yang halal untuk digunakan dalam penyediaan makanan.

Restoran KC&T Korean Chicken and Tea yang merupakan sebuah jenama asli dari Malaysia ini turut membuka peluang kepada usahawan di Malaysia untuk membuka dan memiliki outlet restoran mereka sendiri.

Jadi, kepada sesiapa yang berminat untuk menjalankan perniagaan F&B dan berkembang bersama Restoran KC&T Korean Chicken and Tea, bolehlah anda rebut peluang ini dengan mendaftar tawaran early bird. Lima cawangan terawal akan menerima tawaran yang hebat.

Jika anda sudah lama berhasrat nak memiliki restoran makanan Korea halal yang berkonsepkan fast food dengan menu seperti Korean Fried Chicken dan Taiwanese Pearl Milk Tea, jom mohon segera dengan mengisi borang di sini.

Pemohon terpilih perlu menjalani sesi temuduga dan penilaian selepas dihubungi oleh pihak KC&T Korean Chicken and Tea nanti.

Facebook: https://www.facebook.com/KCT-Malaysia-100292675496461/

Twitter: https://twitter.com/kct_my

Instagram: https://www.instagram.com/kct_malaysia/

Website: http://www.kctmalaysia.com.my

Artikel Lain Untuk Di Baca