Lima Mangsa Kebakaran Selamat Dikebumikan Dalam Satu Liang Lahad

Kerajaan negeri Perak sedia membantu keluarga kesemua mangsa yang terlibat dalam kebakaran di sebuah rumah kedai dua tingkat di kawasan perindustrian Puncak Jelapang Maju, Meru, pada Selasa. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar negeri Dr Abdul Aziz Bari berkata, bantuan yang akan diberikan termasuk menanggung keseluruhan kos pengurusan jenazah, selain bantuan kewangan lain.

“Saya dimaklumkan oleh keluarga bahawa proses pengebumian telah dimulakan, jadi pihak kerajaan negeri akan menanggung segala kos pengebumian.”

“Kebetulan, lima remaja ini dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Tebing Tinggi, jadi buat masa ini kita akan uruskan kos dan bantuan lain.”

“Kita akan bincang dengan keluarga kemudian,” katanya, yang juga wakil rakyat Tebing Tinggi, kepada pemberita ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini pada Rabu.

Pada Selasa, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, SAC Yahaya Abd Rahman berkata dalam kejadian kira-kira 1.54 petang itu, semua mangsa ditemui dalam keadaan rentung.

Kes disiasat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian tanpa niat.

Lima sahabat yang terkorban dalam kejadian kebakaran rumah kedai dua tingkat di Kawasan Perindustrian Jelapang Maju, Meru, Perak selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kuala Pari Hilir pukul 8 malam Rabu.

Mangsa terlibat ialah Ahmad Faizal Aminuddin,16; Muha­­mad Azhar Shah Rosli, 19, Mo­ha­­mad Ekmal Izzuddin Mohamad Kamari, 16; Mohammad Nuraiman Abdul Rahman, 16; dan Mohammad Nor Ikram Mohd. Husni, 15.

Suasana pilu mengiringi ketibaan jenazah kesemua mangsa dengan lebih 300 orang terdiri daripada ahli keluarga, rakan-rakan dan penduduk kampung hadir menghadiri majlis pengebumian.

Semoga Roh mereka dirahmati dan ditempatkan di kalangan orang beriman.

Sumber: Astro Awani

Artikel Lain Untuk Di Baca