5 Bulan Selepas Bebas Dikongkong Bapa, Britney Spears Umum Hamil Anak Ketiga

Ikon pop iaitu Britney Spears mengumumkan kehamilan anak ketiga selepas lima bulan hakim menamatkan kebenaran hak jagaan dan aset yang dipegang oleh bapanya selama 13 tahun.

Menerusi hantaran di Instagram, Britney Spears menyatakan dia merasakan perubahan terhadap perutnya tetapi hanya menganggap itu adalah kerana penambahan berat badan.

Namun selepas membuat ujian kehamilan, Spears mendapati positif hamil.

Sumber: news.com.au

Britney Spears bukan sahaja mengumumkan kehamilan tetapi turut mengumumkan bahawa dia telah berkahwin dengan tunangnya, Sam Asghari.

Hal ini demikian kerana Britney Spears memanggil tunangnya sebagai suami dalam hantaran tersebut.

Sumber: TODAY

Sebelum ini, Britney Spears pernah berkahwin bersama Kevin Federline lalu dikurniakan dua orang anak yang bernama Sean Preston dan Jadyen yang kini masing-masing berumur 16 dan 15 tahun.

Britney Spears juga sebelum ini pernah menyampaikan hasrat bahawa dia ingin mendirikan rumah tangga dan mempunyai cahaya mata lagi selepas bebas dari conservatorship bapanya.

Menurut perkongsiannya lagi, Britney Spears banyak memberi pandangan mengenai kemurungan perinatal yang dihadapi oleh wanita mengandung dan berasa bersyukur kerana lebih ramai wanita berani bercakap mengenai perkara tersebut.

Britney Spears yang kini sedang menulis memoir tentang kehidupannya turut berkata bahawa dia akan melakukan yoga setiap hari untuk memudahkan kehamilan kelak. Tahniah untuk Britney Spears.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca