Life Hack: Tips Hilangkan Kesan Hangus Pada Seterika

“Alamak, berlubang baju aku! Macam mana aku nak bersihkan kesan hitam pada seterika ni?”

Hah, siapa pernah mengalami situasi seperti ini? Kadang-kala apabila kita gagal mengawal suhu kepanasan seterika, pakaian kesayanganlah yang akan menjadi mangsa! Selain itu, anda juga pasti buntu untuk memikirkan cara bagi menanggalkan kesan hitam akibat terbakar tadi.

Usah khuatir, di sini penulis akan kongsikan tips cara menanggalkan kesan hitam tersebut dengan mudah!

 

5 TIPS HILANGKAN KESAN TERBAKAR PADA SETERIKA

 

1. UBAT GIGI

Bahan yang paling senang untuk bersihkan seterika yang mempunyai kesan terbakar adalah dengan menggunakan ubat gigi. Caranya sangat mudah tanpa perlu panaskan seterika.

Gunakan ubat gigi dan sapukan pada bahagian yang ada kesan terbakar. Biarkan seketika dan kemudian sental dengan kain. Kesan kotoran akan tertanggal dengan mudah. Ulang langkah ini beberapa kali atau sehingga ianya betul-betul bersih.

 

2. GARAM

Cara yang seterusnya untuk bersihkan seterika yang terbakar adalah dengan menggunakan garam. Caranya sangat mudah.

Mula-mula, taburkan garam di atas sehelai surat khabar atau aluminium foil dan kemudian panaskan seterika menggunakan suhu yang paling maksimum.

Selepas itu, gosokkan permukaan seterika di atasnya hingga tertanggal semua kesan terbakar. Berkesan!

Foto: Sciencing

 

3. SODA BIKARBONAT 

Cara seterusnya, boleh gunakan baking soda atau soda bikarbonat yang biasa kita gunakan untuk buat kek. Umum mengetahui bahawa soda bikarbonat memang terkenal sebagai agen pencuci yang berkesan.

Campurkan sedikit air pada serbuk baking soda sehingga menjadi pes. Kemudian sapu pada permukaan seterika yang terbakar atau hitam. Biarkan sekejap untuk ia bertindak balas. Kemudian, ambil kain dan gosok perlahan-lahan. Semua kesan kehitaman yang terlekat akan tanggal.

Foto: Brightside.me

 

4. KERTAS PASIR

Satu lagi cara yang mudah, anda boleh gunakan kertas pasir. Macam guna garam tadi, kita panaskan seterika dan gosok hingga kotoran tertanggal.

Sebaiknya guna bahagian yang kasar dulu, kemudian guna yang nipis. Gosokkan hingga permukaan seterika menjadi bersih.

 

5. LILIN

Gunakan sebatang lilin dan gosok pada seterika yang dah dipanaskan hingga lilin menjadi cair. Selepas itu, tonyohkan permukaan seterika pada kain buruk atau kain yang tak digunakan lagi.

Cubalah, permukaan seterika akan kembali licin.

Foto: Kompas.com

 

 

Mudah sahaja bukan? Diharapkan anda semua bolehlah mencuba tips ini sebelum membuat keputusan untuk membeli seterika yang baru. Selamat mencuba!

 

Sumber: Siraplimau

 

Artikel Lain Untuk Di Baca