Meskipun kini adalah era penyanyi baharu yang disebut sebagai Budak Baru Nak Up (BBNU), namun perjuangan kumpulan indie seperti Bunkface masih mendapat perhatian para peminat industri muzik tanah air. Buktinya, kumpulan yang dianggotai tiga orang jejaka itu masih berkarya dengan meghasilkan lagu baharu sehingga ke hari ini.
Semalam, Bunkface yang lebih sedekad aktif dalam industri muzik itu telah melancarkan single terbaharu yang berjudul Akhir Zaman. Pada masa yang sama, video lirik lagu berkenaan juga turut dimuat naik di laman YouTube untuk tontonan umum. Dalam masa kurang dari 24 jam ia diterbitkan, video tersebut berjaya meraih hampir 100,000 tontonan.

Walau bagaimanapun, single kali ini telah mengundang pelbagai rekasi daripada warganet kerana terdapat lirik yang disifatkan sebagai menyentuh sensitiviti sesetengah pihak. Tinjauan kami di media sosial mendapati bahawa ada segelintir yang kurang senang dan berang dengan mesej yang cuba diketengahkan Bunkface dalam lagu tersebut.

“Mana pergi semua duit rakyat?” dan “LGBT boleh pergi mampus” adalah antara bait dalam lagu Akhir Zaman yang mencetus kemarahan warganet. Ramai yang beranggapan bahawa tindakan Bunkface itu agak keterlaluan memandangkan ia menyentuh sensitiviti ramai pihak. Malah, ada segelintir yang melabelkan Bunkface sebagai homophobic kerana isu LGBT dalam karya yang ditulis oleh vokalis kumpulan itu sendiri iaitu Sam atau nama sebenarnya Shamsul Anuar.

Tinjauan kami di Twitter juga mendapati tanda pagar #AkhirZaman dan LGBT masing-masing menjadi trending di laman sosial itu.
Berikut kami kongsikan beberapa komen daripada warganet yang berasakan Bunkface agak keterlaluan dengan single mereka kali ini:
As a bunkface fan myself, I agree with @terimame pic.twitter.com/2QO9G8hDCs
— hawyth (@harythilmy) February 26, 2020
To Bunkface: With all the BS that’s happening around the world, climate change, killings of our muslim brothers and sisters in Gaza, China, India etc. with our own country’s political climate, why would you spread hate & add more fuel to the fire? And divide the people even more?
— Fahad Iman (@fahadiman93) February 26, 2020
bunkface sumpah garbage gila for their themes of homophobia and anti-liberalism in their new song. that’s not punk rock u losers!! gi main jauh jauh
— ☭ lisa 𖤐 (@bulanberirama) February 26, 2020
This song promotes homophobia & violence against LGBTQ people. Please report the video on youtube:
— Numan Afifi (@NumanAfifi) February 26, 2020
1. Click: https://t.co/VquO0LHQfH
2. Open settings
3. Select "Hateful or abusive content" > "Promotes hatred or violence"
4. Timestamp 1:06, add comment, "hateful lyric"
5. Submit https://t.co/jSIu4W55j5
Tidak cukup dengan menyuarakan kemarahan di media sosial, ada juga beberapa individu yang menyeru orang ramai supaya melaporkan video lirik lagu tersebut kepada YouTube agar ia dipadam dengan serta-merta.

Dalam pada ramai yang melemparkan kecaman terhadap Bunkface, ada juga yang tampil menyokong mereka:
Lemme watch #AkhirZaman MV first and then I can comment or compliment Bunkface. But I already saw people talking bout 'LGBT pergi mampus' and sad to see that many Muslim(liberal) support LGBT. Well the words isn't fully wrong though the way of saying it is quite inappropriate, as pic.twitter.com/AQpSbcKYJS
— 🌹 (@realthingsonly) February 26, 2020
HAHA it is funny how this "LGBT boleh pergi mampus" line from @bunkfaceband made most of the Malaysian triggered af. Well they also have a right for freedom speech kan? 😂🔥 #AkhirZaman #Bunkface pic.twitter.com/B7cbVdlk0F
— B A B Y (@_hanieesyazwani) February 26, 2020
Bunkface’s #akhirzaman:
— Mrs Wick (@Lokilia107) February 26, 2020
The first two lines of the song come from the fifth verse of surah al-Kaafirun.
A song which was initially meant to criticise, unfortunately received a lot of criticism.
This #AkhirZaman song has the deepest lyrics and it's so relevant with current situation that's itttt bunkface's energy is what i stan 💯💯 https://t.co/UcfKE90hBD
— قيام النور (@xiamisaname) February 26, 2020

Setakat ini, Bunkface masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan berkenaan kontroversi yang tercetus daripada lagu Akhir Zaman itu. Apa-apa pun, semuanya bergantung kepada setiap individu bagaimana mahu mentafsirkan sesuatu benda.
Lagu Akhir Zaman dikatakan berkait rapat dengan kemelut politik yang sedang melanda negara kita sekarang. Untuk baca artikel mengenai kemas kini berkenaan politik Malaysia, anda boleh klik pada pautan di bawah: