Letusan Gunung Berapi Di New Zealand Ragut Nyawa Seorang Rakyat Malaysia

Sedari semalam, tanah air telah dikejutkan dengan peristiwa gunung berapi di New Zealand yang secara tiba-tiba dilaporkan meletus.

Menurut laporan pihak media, khabar ini telah disahkan sendiri oleh Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Zealand sejurus selepas dimaklumkan oleh pihak berkuasa negara tersebut pada pagi tadi.

Bagaimanapun, butiran nama dan maklumat penuh mengenai mangsa yang terkorban masih belum diketahui lagi.

Sehubungan dengan itu, siasatan lanjut masih dijalankan oleh pihak berkuasa dan penyelamat.

Baru-baru ini, Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Arden telah pun membuat pengesahan kepada media mengenai kerakyatan mangsa yang terlibat dalam insiden letupan gunung White Island.

Lebih memilukan apabila terdapat 47 orang pelancong yang sedang mengunjungi pulau tersebut sewaktu kejadian berlaku.

Sehingga kini, dilaporkan seramai lima orang telah terbunuh, lapan orang dicatatkan hilang, 31 pengunjung terselamat dan diberikan perawatan manakala tiga yang lain telah mendapat keizinan untuk keluar dari hospital.

Susulan daripada itu, Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di New Zealand menyeru kepada orang ramai untuk segera menghubungi mereka sekiranya mempunyai maklumat berkaitan mana-mana rakyat di negara masing-masing yang berada dalam kawasan pelancongan tersebut.

Sebagai makluman pembaca, gunung berapi White Island ini sememangnya terkenal dalam kalangan pelancong. Bukan sahaja cantik pada pandangan mata, namun indah untuk dikunjungi.

Siapa sangka, di sebalik keindahan dan kemegahannya yang menjadi tarikan, White Island meletus secara tiba-tiba.

Insiden yang melibatkan kecederaan kepada ramai pengunjung ini secara tidak langsung menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pelancong di kawasan tersebut.

Berikut merupakan perkongsian bebenang yang dimuat naik oleh salah seorang pengunjung White Island menerusi akaun Twitter.

Semoga semuanya berada dalam lindungan Allah S.W.T.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca