Letupkan Diri Bersama 3 Orang Anaknya, Trump Samakan Kematian Pemimpin Daesh Seperti Seekor Anjing

Donald Trump, Presiden Amerika Syarikat (AS) telah mengumumkan kematian pemimpin kumpulan militan Daesh, Abu Bakr Al-Baghdadi yang membunuh dirinya sendiri ketika dikejar tentera AS di dalam sebuah terowong.

Lelaki yang sekian lama diburu oleh Washington itu tekad meletupkan diri bersama tiga anak kandungnya apabila mereka anak-beranak terperangkap di dalam terowong berkenaan.

Dek gagal melarikan diri daripada terus dikejar unit anjing K-9 AS, dia telah mengambil nyawanya dengan cara yang begitu tragis.

“Badannya dipenuhi kesan letupan. Hasil ujian menunjukkan keputusan yang positif. Itu sememangnya Al-Baghdadi,” katanya.

Menurut Trump, sejumlah pejuang Daesh yang menemani lelaki terbabit turut terkorban ketika operasi memburu Al-Baghdadi digiatkan oleh AS di barat daya Syria.

“Tiada tentera AS yang terbunuh dalam operasi ini. Al-Baghdadi mati selepas berlari dalam terowong sambil menangis dan menjerit.”

“Dia mati seperti seekor anjing. Dia mati seperti pengecut. Dunia kini lebih aman,” tambah Donald Trump.

Sebelum ini, Al-Baghdadi, 48, bagaimanapun telah beberapa kali dilaporkan meninggal dunia dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

Ketua kumpulan militan terbabit sebenarnya berasal dari Iraq dan berjaya menubuhkan gerakan Daesh dengan kekuatan tersendiri di sebahagian besar Syria dan Iraq.

Ketika kemunculannya menerusi sebuah video tahun ini, Al-Baghdadi menyeru militan Daesh untuk membebaskan ribuan rakan seperjuangan yang ditahan Pasukan Demokratik Syria (SDF) yang disokong AS di Syria.

Lelaki itu akhirnya bertindak melarikan diri sejak pakatan AS telah memusnahkan organisasi kumpulan tersebut ekoran perang yang berlanjutan selama dua tahun sebelum AS mengisytiharkan kemenangan ke atas Daesh pada bulan Mac lalu.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca