Letupan Kuat Di Beirut Ini Ubah Saat Indah Pengantin Baru Dalam Sekelip Mata

Saat manis pasangan pengantin baharu di Lubnan ini hampir berubah menjadi kenangan pahit yang tidak dapat dilupakan seumur hidup.

Israa Seblani dan suaminya, Ahmad Subeih baru sahaja mendirikan rumah tangga ketika majlis resepsi mereka digegarkan oleh insiden letupan pada Selasa lalu.

Dengan bantuan jurugambar Mahmoud Nakib, kegembiraan Israa pada hari bahagia itu bagaimanapun berubah dalam sekelip mata selepas lokasi resepsi pasangan raja sehari berkenaan digegarkan dengan letupan kuat.

Israa berkata, “Lokasi majlis resepsi saya dipenuhi timbunan kaca pecah dan bunga-bunga hiasan.”

Sumber: Cnet

Wanita itu yang bertugas sebagai seorang doktor di Amerika Syarikat tidak dapat mengungkap rasa sedih atas apa yang berlaku dalam perkataan tetapi bersyukur dia dan suami terselamat. 

“Saya tidak mampu ungkapkan apa yang berlaku semasa letupan itu dengan perkataan. Saya benar-benar terkejut dan tertanya-tanya tentang apa yang berlaku. Adakah saya akan meninggal dunia dan bagaimana saya akan menghembuskan nafas terakhir?” ujarnya.

Dalam pada itu, Israa yang berada di Beirut untuk persiapan majlis perkahwinannya di sebuah hotel berhampiran menzahirkan rasa sedih dengan apa yang berlaku khususnya kepada mangsa yang terjejas.

“Selepas menyedari kejadian tersebut, saya melihat hampir keseluruhan Pelabuhan Beirut musnah dengan mata saya sendiri. Satu perkara yang dapat saya lafazkan ketika itu ialah perkataan syukur kepada Tuhan kerana terselamat daripada bencana berkenaan,” ujarnya kepada Reuters.

Dalam pada itu, bandar pelabuhan di ibu kota Lubnan terbabit digegarkan dengan letupan kuat yang berpunca daripada stok simpanan 2,750 tan ammonium nitrat pada petang Selasa lalu (waktu tempatan).

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca