Terdapat ramai pelajar universiti yang menjalankan perniagaan mereka sendiri untuk mendapatkan wang tambahan supaya mereka tidak perlu mengharapkan wang saku daripada keluarga mereka.
Namun, perkara sebaliknya berlaku terhadap mahasisiwi ini apabila dadih yang dijualnya di kampus universiti diambil oleh mereka yang tidak bertanggungjawab tanpa membayar dengan wang yang sepatutnya. Dia menjual sebekas dadih tersebut untuk RM1 dan dia menjual 25 bekas.
Walaupun dadihnya sudah habis terjual, dia hanya memperoleh keuntungan sebanyak RM8 dan wang kertas RM1 yang koyak.
Wanita yang dikenali sebagai @ji__raa ataupun nama sebenarnya iaitu Nurul Nazirah berkongsi tentang kejadian tersebut di akaun Twitter miliknya.
Letak dadih 25 bekas dapat rm8 je 🙂 tu pun singgit duit koyak
Kata universiti islam https://t.co/XycXHLO23j pic.twitter.com/AVZb2djBFf— illinois (@ji__raa) November 7, 2019
Namun, apa yang lebih mengecewakan Nazirah ialah kejadian tersebut berlaku di sebuah universiti yang terkenal dengan imej Islam.
Perkongsian berkenaan berjaya mendapat perhatian warganet dan sehingga kini menerima lebih daripada 8,100 ulang kicau dan lebih daripada 5,300 sukaan. Rata-rata mengecam perbuatan tersebut.
Contohnya, “Orang macam ini bukan miskin duit sebenarnya tetapi miskin jiwa.”
Walau bagaimanapun, ada juga yang sudi menghulurkan bantuan kepada Nazira untuk menggantikan kerugian yang dihadapinya.
Dalam bebenangnya, Nazirah turut menerangkan bahawa fakulti mereka memang menyediakan rak yang berbayar untuk para pelajar menjalani perniagaan sendiri.
dekat fac memang ada disediakan rak (tapak yang berbayar) sebagai medium utk mahasiwa/i menjual jadi janganlah cakap saya takde effort menjual sebab saya tinggal dadih saya begitu sahaja🙁
— illinois (@ji__raa) November 9, 2019
Semoga kejadian ini boleh dijadikan pengajaran untuk orang ramai terutamanya yang bergelar pelajar.