Letak Calon Paling Ramai, PKR Tewas Semua Kerusi Yang Ditanding

Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka memperlihatkan PKR tewas semua 11 kerusi yang ditandingi mereka. 11 kerusi yang ditandingi mereka ialah Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu, Machap Jaya, Rembia, Kelebang, Paya Rumput, Asahan, Rim, Tanjung Bidara, Sungai Udang, Ayer Molek dan Sungai Rambai.

Meletakkan 11 calon untuk pilihan raya ini, PKR mempunyai jumlah calon yang paling ramai berbanding sekutunya di Pakatan Harapan (PH). Sembilan kerusi ditandingi Parti Amanah Negara (AMANAH) dan lapan kerusi oleh DAP.

Pelancaran Manifesto PH bagi PRN Melaka 2021 pada 10 November lalu. Sumber: Berita Harian

Walaupun meletakkan calon yang paling sedikit iaitu lapan, namun DAP kekal pemenang terbesar dalam kalangan parti komponen PH. Mereka dapat mengekalkan empat kerusi iaitu kerusi Bandar Hilir, Kota Laksamana, Ayer Keroh dan Kesidang namun tewas empat lagi kerusi iaitu Duyong, Gadek, Pengkalan Batu dan Bemban.

AMANAH pula tidak berjaya mengekalkan momentum PRU-14 apabila hanya dapat memenangi satu kerusi iaitu kerusi Bukit Katil menerusi calonnya, Adly Zahari, Pengerusi AMANAH Melaka.

Meskipun meletakkan calon yang paling ramai berbanding sekutunya, PKR menunjukkan prestasi yang paling mengejutkan apabila tiga kerusi yang dimenangnya pada PRU-14 kali ini tewas kepada BN yang diwakili MCA. Nyata telahan, Datuk Halim Bachik, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Melaka, yang yakin bahawa PKR mampu menawan sekurang-kurangnya tujuh daripada 11 kerusi amatlah jauh tersasar.

Berikut ialah keputusan rasmi PRN Melaka:

Kedudukan terkini Dewan Undangan Negeri Melaka:

  • Barisan Nasional (BN) – 21 kerusi
  • Pakatan Harapan (PH) – 5 kerusi
  • Perikatan Nasional (PN) – 2 kerusi

Untuk baca artikel-artikel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca