Letak Bantal Di Atas Peti Ais Boleh Membawa Tuah?

Mungkin kedengaran seperti pelik tetapi pada tarikh 29 Mac, masyarakat di Eropah dan Amerika Syarikat menyambut “Put A Pillow On Your Fridge Day” setiap tahun di mana mereka akan meletakkan bantal yang mereka gunakan untuk tidur, di atas peti ais untuk membawa tuah kepada keluarga. Sebelum terciptanya peti ais, mereka menggunakan sebuah bilik kecil bersuhu dingin (larder) untuk menyimpan makanan-makanan yang mudah rosak.

Pada waktu itu, mereka mempercayai bahawa jika mereka meletakkan kain linen ke dalam bilik itu, seluruh keluarga akan mendapat tuah dalam hidup mereka. Sebelum diletakkan di dalam larder, kain itu selalunya akan dicarik atau dikoyak daripada sesuatu seperti selimut, baju tidur atau apa-apa sahaja yang berada di dalam bilik tidur mereka.

Walau bagaimanapun, dengan peredaran masa dan teknologi yang semakin canggih, larder semakin kurang digunakan tetapi tradisi ini masih diteruskan dengan ditukarkan kepada penggunaan peti ais. Dari situlah tradisi meletakkan bantal di atas peti ais ini bermula. Sehingga kini, tradisi ini masih diteruskan. Bahkan bukan sahaja daripada masyarakat di Eropah dan Amerika Syarikat, malah seluruh dunia dan dapat dilihat menerusi gambar-gambar yang mereka muatnaik dalam media sosial mereka.

Penulis:

  • Farah Farhana Muhamad Fuad adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri (FiTA) UiTM.

Artikel Lain Untuk Di Baca :

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca