Lesung Pipit, Kecacatan Yang Teristimewa

Lesung pipit merupakan salah satu kecacatan pada otot wajah. Namun, kecacatan seringkali dicemburui oleh ramai manusia yang tidak mempunyai lesung pipit.

Ini kerana, mereka yang mempunyai lesung pipit bukan sahaja bertuah namun kelihatan unik pada pandangan mata manusia.

Menurut kajian American Journal Of Physical Anthropology, lesung pipit merupakan antara nilai tambah dalam diri seseorang kerana berfungsi menambahkan daya tarikan terutama apabila mereka sedang tersenyum.

Bukan itu sahaja, mereka yang mempunyai lesung pipit ini juga akan nampak lebih muda walaupun sudah berusia. Ini kerana, kewujudan lesung pipit akan menampakkan wajah seseorang itu seperti baby face.

Selain itu, terdapat juga lesung pipit di bahagian punggung yang dikenali sebagai Sacral Dimple. Ia berada di sekitar atas belahan punggung atau di sekitar bahagian bawah saraf tunjang yang berhampiran dengan tulang punggung.

Bentuknya adalah seperti lekukan yang kecil. Kebiasaannya, dapat dilihat pada badan bayi yang baru lahir. Namun, usah khuatir kerana kewujudan Sacral Dimple tidak akan mendatangkan sebarang kemudaratan kepada bayi malah ia merupakan satu tanda yang istimewa.

Siapa sangka, kecacatan yang dikurniakan ternyata merupakan keistimewaan buat individu. Jadi, hargailah dan syukurilah setiap pemberian tuhan.

Penulis

  • Nur Adilah Binti Mohd Salleh adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jalinan Industri, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.

Artikel Lain Untuk Di Baca