Lepas Seminggu Isu Berkenaan Hak Cipta Lagu Sumpah, Naim Daniel Tampil Beri Kenyataan

Seminggu sudah berlalu sejak sidang media tersebut dijalankan, Naim Daniel mendakwa dia masih belum menerima sebarang bukti daripada Dayana Armeda.

Sebelum ini Dayana Amerda, bekas kekasih kepada penyanyi muda Naim Daniel, telah membuat sidang media berkenaan isu hak penciptaan lagu Sumpah yang berjaya merangkul juara di Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34).

Sumber: MalaysiaGazette

Naim Daniel juga memuat naik video di laman akaun Instagram miliknya sehari sebelum persidangan itu dengan meminta sesiapa yang ingin berbincang tentang isu hak penciptaan perlu menghantar e-mel kepada syarikatnya berserta bukti kukuh.

Dayana Amerda telah memberikan tempoh masa seminggu untuk Naim Daniel mengakui penciptaan lagu tersebut adalah hak cipta bersama di antara mereka berdua.

Namun begitu, Syarikat World Peace (WP) Entertainment Sdn. Bhd. yang menguruskan Naim Daniel menyatakan mereka masih belum menerima sebarang bukti daripada Dayana melalui e-mel berkaitan isu yang dibangkitkan ini.

“Setakat ini, tiada apa-apa bukti yang dikirim melalui e-mel kepada pihak pengurusan saya. Mengenai langkah seterusnya, saya serahkan kepada syarikat rakaman untuk membuat keputusan,” jelas Naim Daniel.

Untuk rekod, syarikat pengurusan Naim Daniel telah pun mengemukakan kenyataan bahawa lagu Sumpah tersebut merupakan milik Naim Daniel sebagai penulis lirik dan Omar K sebagai pengubah lagu. Bagaimanapun, mereka bersedia untuk menimbang tuntutan Dayana Amerda jika diberikan bukti.

“Kami hanya menunggu bukti yang didakwa dimiliki pihak sebelah sana (Dayana). Jika mereka ada bukti, barulah kami memikirkan tindakan yang boleh diambil.”

“Setakat ini, tiada tindakan yang dapat diambil,” kata wakil syarikat tersebut.

Di samping itu, wakil syarikat juga memaklumkan maklumat lanjut berkaitan konflik hak penciptaan ini akan dijelaskan pada sidang media sempena pelancaran single terbaru Naim yang berjudul Sembah, tidak lama lagi.

Untuk membaca artikel lain berkenaan isu hak cipta lagu Sumpah, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca