Lepas Nasi Lemak, Kondom Perisa Rendang Pula Dijual Di Pasaran Malaysia

Siapa di sini yang suka makan Rendang? Rendang kini bukan sahaja boleh didapati dalam bentuk makanan malah baru-baru ini, kondom berperisa makanan telah dinsipirasikan daripada makanan kegemaran ramai itu.

Ini bukanlah kali pertama kondom berperisa makanan diperkenalkan di negara kita. Sebelum ini, syarikat Karex Berhad telah pun memasarkan kondom perisa Nasi Lemak pada Oktober 2017 dan ia sememangnya menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan warganet.

Kali ini, syarikat yang sama memperkenalkan kondom di bawah jenama One Condom di mana ia berperisa Rendang.

Untuk pengetahuan semua, ia diinspirasikan daripada kontroversi juadah tersebut yang pernah dikritik oleh chef terkemuka dari luar negara iaitu John Torode berikutan kes ‘Rendang Ayam Crispy’.

Tampil dengan tagline ‘Super Sensitive’, kondom ini juga menggunakan bahan sama seperti dalam masakan Rendang sebenar termasuklah kelapa parut, serai, kunyit, daun limau dan juga lengkuas.

Kondom ini dijual pada harga RM5.85 sahaja. Jika anda sudah bosan dengan kondom biasa dan mahukan sesuatu yang baharu serta lain daripada yang lain, bolehlah dapatkan kondom ini di farmasi berdekatan dengan anda.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca