Lepas Mercedes Benz, Exco Kelantan Dapat RM50,000 Pula

Setelah mendapat kereta baru berjenama Mercedes Benz, semua ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Kelantan menerima pemberian khas berjumlah RM50,000 seorang.

Menurut Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, pemberian itu diberikan berdasarkan pencapaian pendapatan tahunan kerajaan negeri. Pemberian tersebut, menurut beliau lagi tidak menggunakan wang bantuan RM400 juta yang diberikan oleh kerajaan persekutuan pada tahun lalu.

“Tahun lepas ada juga sikit (pemberian khas) sebab kami ikut pencapaian ‘pendapatan’ kerajaan (negeri). Mungkin tahun depan tak ada,” kata Mohd Amar di Kota Bharu pada hari ini. Pemberian khas itu akan diterima pada bulan ini beserta dengan pemberian tambahan yang diterima oleh kerajaan negeri,

Pemberian khas tersebut dikatakan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan kakitangan kerajaan negeri tatkala isu kereta baru masih lagi belum reda.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca