Lepas 12 Tahun Berpisah, Wanita Ini Kaget Temui Bekas Teman Lelaki Hidup Di Loteng Rumahnya

Apabila seorang wanita mula mendengar bunyi ketukan aneh pada loteng rumahnya, mindanya mula menerawang memikirkan kemungkinan terdapat haiwan perosak atau entiti paranormal yang menumpang di kediamannya.

Walau bagaimanapun, wanita berkenaan langsung tidak menyangka bunyi yang didengari bukanlah dilakukan oleh haiwan atau hantu tetapi oleh bekas teman lelakinya yang sudah menetap di loteng terbabit selama kira-kira dua minggu tanpa pengetahuannya.

Menurut Tracy, seorang ibu tunggal kepada lima orang anak, kali terakhir dia berjumpa dengan bekas teman lelakinya itu adalah kira-kira setahun yang lalu ketika lelaki berkenaan membuat kerja-kerja membaik pulih di rumahnya.

Jelas Tracy lagi, dia sudah memutuskan hubungan dengan bekas teman lelakinya itu 12 tahun yang lalu gara-gara tidak tahan dengan ketagihannya pada dadah dan jenayah rompakan yang sering dilakukannya. Tidak cukup dengan itu, trak milik Tracy juga pernah dicuri lelaki terbabit.

Bercakap mengenai malam di mana dia menemui bekas teman lelakinya itu, Tracy yang juga bekerja sebagai seorang jururawat berkata, dia sudah lama merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan kediamannya. Hal itu diperkuatkan lagi apabila wanita berkenaan menyedari beberapa barangan yang digantung di siling mula kelihatan longgar.

“Saya kemudiannya meminta anak-anak lelaki saya dan seorang anak saudara untuk naik ke loteng bagi memeriksa keadaan itu. Ketika itulah mereka menjumpai bekas teman lelaki saya,” terang Tracy.

Menurut laporan, ketika ditemui, bekas teman lelaki Tracy yang baru sahaja keluar dari penjara beberapa minggu lalu sedang tidur di dalam unit pemanas di kediaman wanita itu yang terletak di Rock Hill, Charlotte.

Difahamkan, suspek turut menyumbat beberapa kot lama di dalam pemanas berkenaan untuk membantu mengekalkan suhu badannya.

Walau bagaimanapun, bekas teman lelaki Tracy itu berjaya meloloskan diri sebelum pihak polis tiba di lokasi kejadian. Tiada maklumat terkini mengenai berita penangkapannya.

“Saya dan anak-anak kini takut untuk tidur di kamar sendiri kerana kami masih tidak tahu bagaimana dia masuk ke dalam rumah tanpa diketahui sesiapa,” kata Tracy.

Hasil siasatan polis turut menemui beberapa cawan kertas yang mengandungi najis manusia di loteng rumah Tracy yang mengesahkan bekas teman lelakinya sudah agak lama tinggal di situ.

Lebih menakutkan apabila pihak berkuasa turut mendedahkan suspek menggunakan lubang udara yang terletak betul-betul di dalam bilik Tracy untuk mengintipnya.

Untuk membaca artikel lain berkaitan perkara pelik yang dilakukan bekas kekasih, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca