Tahukah anda lemon mendapat tempat di dalam hati masyarakat bermula pada tahun 1747? Satu kajian yang dilakukan oleh James Lind mendapati lemon sangat efektif dalam merawat penyakit dan sebagainya. Tetapi, lemon selalunya tidak dimakan begitu sahaja kerana rasanya yang masam. Selalunya, ia akan digunakan dalam kuantiti yang sedikit dan juga sekadar penambah rasa.

Berikut merupakan 5 khasiat buah lemon yang ramai tidak tahu:

1. Mencegah nafas berbau

Jus yang terdapat dalam buah lemon ini dapat mencegah dan menghilangkan nafas berbau. Ia akan membuatkan mulut kita lebih segar dan wangi. Anda boleh menggunakanya dengan cara berkumur dengan jus lemon yang diperah atau dicampurkan air suam dan ditambahkan daun pudina.

2. Baik untuk perut

Lemon boleh membantu melegakan rasa mual, memulas dan juga membantu dalam proses pencernaan. Ia bertindak sebagai pencuci atau pembersih bagi kotoran yang ada di dalam perut. Campurkan jus lemon dengan sedikit air suam dan kemudiannya diminum. Dengan meminum air lemon sebaik sahaja bangun tidur boleh melegakan dan mengelakkan masalah penghadaman seperti kembung perut, gastrik dan pedih ulu hati.

3. Membantu dalam penjagaan gigi

Air lemon juga boleh digunakan dalam penjagaan gigi. Jus lemon yang segar jika digunakan pada bahagian gigi yang sakit boleh mengurangkan kesakitan. Dengan menyapu jus lemon pada gusi juga boleh menghentikan pendarahan pada gusi berdarah. Malah, ia juga boleh mengecutkan bahagian luka pada gusi itu.

4. Menurunkan berat badan

Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan, lemon turut boleh membantu dalam merealisasikan impian anda. Lemon boleh mengurangkan selera makan dan membantu penghadaman dengan lebih mudah. Minum segelas jus lemon suam bercampur madu setiap hari dan jadikannya sebagai amalan.

Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan juga disarankan untuk meminum air masak yang banyak. Oleh itu, anda boleh potong beberapa keping lemon dan letakkan dalam air masak anda. Ia akan menaikkan aura untuk anda minum air masak pada tahap yang ideal.

5. Meningkatkan daya fokus

Jika anda ingin fokus di tempat kerja pada jangka masa yang lama, lemon sangat membantu. Menerusi satu kajian, bahawa pewangi lemon mempunyai bau yang menyenangkan dan mampu meningkatkan fokus seseorang.

Penulis

  • Muhammad Hanafi Mohammad Zakariah adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
Ikuti Kami Di Ruang Internet Anda