Lembu Korban Ini Bikin Gempar Apabila Bangun Larikan Diri Setelah Disembelih

Penduduk Kampung Ujung Permatang, Kuala Selangor gempar apabila seekor lembu korban yang telah disembelih tiba-tiba bangun semula dan melarikan diri sejauh 300 meter.

Kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu berlaku semasa berlangsungnya majlis korban di Masjid Ahmadiah Kampung Ujung Permatang semalam.

Ketua Kampung Ujung Permatang, Abdullah Kamaruddin berkata, lembu berkenaan adalah salah seekor daripada lima ekor lembu korban di masjid berkenaan.

Menurutnya, kejadian sedemikian kali pertama berlaku ketika ibadah korban dijalankan di kampung tersebut.

“Sebaik ikatan pada lembu itu dibuka, haiwan tersebut terus bangun dan melarikan diri.”

“Orang ramai kemudiannya berjaya menangkap lembu itu semula selepas mengejar sejauh 300 meter,” katanya.

Lembu itu kemudiannya diikat semula di tempat sembelihan sebelum proses melapah daging dilakukan oleh pihaknya.

Video kejadian itu yang berdurasi 1 minit 11 saat menjadi tular selepas dimuat naik di laman Facebook rasmi Kuala Selangor Official.

Mengulas mengenai komen netizen terhadap tukang sembelih yang tidak mahir dalam penyembelihan lembu itu, Abdullah menegaskan punca kejadian itu adalah disebabkan masalah kekurangan tali untuk mengikat lembu.

“Sebaik lembu disembelih, petugas beranggapan haiwan itu akan mati sebelum membuka tali ikat dengan cepat,” katanya.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca