Search
Close this search box.

Lemas Di Tasik Kerana Bola

SHAH ALAM: Mangsa yang dikenali sebagai Khairul Anuar Hashim,26, iaitu seorang pemain bola sepak SARBAN FC dipercayai lemas kerana ingin mencuba untuk mengambil bola yang terjatuh ke dalam tasik di Eco Ardence, Setia Alam kira-kira pada jam 10 malam semalam. Selepas hampir 4 jam operasi mencari, akhirnya mangsa ditemui pada jam 2.37 pagi.

Difahamkan sebelum kejadian tersebut, mangsa bersama rakan sepasukan bermain bola sepak di padang bersebelahan tasik. Mangsa dikatakan mahu mengambil bola yang terjatuh ke dalam tasik tersebut dan cuba berenang namun gagal. Usaha untuk menyelamatkan mangsa oleh orang awam juga turut gagal kerana keadaan sekitar tasik yang gelap.

Menerusi perkongsian daripada adik mangsa yang dikenali sebagai Khya di laman Twitter, mendoakan semoga abangnya selamat dijumpai dan menyeru warganet supaya turut mendoakan yang terbaik untuk abang beliau. Sejurus selepas itu, beliau berkongsi lagi tentang jenazah abangnya selamat dijumpai pasukan penyelamat pada jam 2.37 pagi.

“Semoga abang saya, Khairul Anuar bin Hashim selamat dijumpai kerana lemas di tasik Eco Ardence dan moga semua yang membaca twet ni doakan yang terbaik untuk abang saya”.

“Alhamdulillah jam 2.37 pagi abang saya telah selamat dijumpai. Jenazah telah dibawa ke hospital Klang”.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan dan sedekahkan al-fatihah kepada arwah. Semoga ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Amin,” tulisnya di Twitter.

Warganet juga turut berasa simpati di atas kepergian arwah dan tidak putus mendoakan kesejahteraan arwah di sana. Penulis mengucapkan salam takziah kepada ahli keluarga mangsa, semoga roh jenazah Khairul Anuar dicucuri rahmat.

Sumber: Twitter

Artikel Lain Untuk Di Baca