Lelaki Yang Berjalan Lambat Akan Mati Lebih Awal? Ini Penjelasan Menurut Kajian

Percaya atau tidak, selain baik untuk tubuh badan dan menguatkan jantung, berjalan laju juga berupaya untuk memanjangkan jangka hayat hidup seseorang.

Berdasarkan perkongsian Dr Latif Saad di laman Facebook TheDiagnosa, beliau ada mengungkap rahsia berjalan laju yang ramai tidak tahu.

Menurutnya, berjalan laju di sini dapat ditafsirkan sebagai berjalan lebih daripada 100 langkah dalam tempoh masa seminit.

Mereka yang berjalan pantas ini dikatakan mempunyai jangka hayat umur yang jauh lebih panjang berbanding mereka yang berjalan seolah-olah sedang bersiar-siar di pantai. Dalam erti kata lain, risiko untuk mati lebih awal mungkin akan berkurangan.

Kajian ini telah diterbitkan dalam Jurnal Mayo Clinic Proceedings di mana fungsi fizikal memainkan peranan yang penting bagi menentukan jangka hayat ataupun kesihatan seseorang berbanding BMI.

Sekiranya seseorang itu mempunyai BMI yang tinggi tetapi pada masa yang sama, dia juga mempunyai tahap kecergasan yang bagus, maka umurnya mungkin akan jauh lebih panjang berbanding orang lain.

Sebaliknya, individu yang berjalan lambat dikatakan mempunyai jangka hayat yang pendek meskipun dia mempunyai BMI yang normal.

Dalam kajian tersebut, wanita yang berjalan pantas didapati mempunyai jangka hayat hingga 87 tahun berbanding wanita yang berjalan lambat iaitu pada umur 72 tahun.

Lelaki yang berjalan pantas pula didapati mempunyai jangka hayat hingga 86 tahun berbanding lelaki yang berjalan lambat iaitu pada 65 tahun.

Kesimpulannya, dapat dilihat bahawa secara purata, terdapat kira-kira 15 hingga 20 tahun perbezaan di antara mereka yang berjalan laju dan lambat. Jadi, elakkan berjalan seperti kura-kura selepas ini kalau nak hidup lama!

Artikel Lain Untuk Di Baca