Lelaki Tulis Nama Sebagai ‘I Dont Want AZ’ Untuk Pendaftaran Vaksinasi

Pendaftaran vaksinasi

Baru-baru ini, seorang lelaki menulis ‘Saya tidak mahu AZ’ selepas nama penuhnya pada borang pendaftaran vaksinasi di aplikasi MySejahtera.

Difahamkan, lelaki tersebut berbuat demikian untuk menekankan keengganan beliau untuk mendapatkan vaksin AstraZeneca.

Menurut China Press, perkara tersebut disedari oleh Setiausaha Agung Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH), Xue Fufeng semasa proses pendaftaran.

Beliau menyedari perkara tersebut ketika mengumpulkan senarai nama bagi vaksinasi dos kedua dan nama bagi seorang lelaki ini telah menarik perhatiannya.

Didapati, seorang lelaki kelahiran 1980-an ini telah menulis namanya sebagai ‘I Dont Want AZ’ dalam kurungan membuatkan beliau geli hati.

Sumber: Weird Kaya

“Selepas vaksinasi, semua orang akan mendapat satu sijil elektronik. Jadi perlukah sijil beliau ditulis ‘I Dont Want AZ’ juga?”

Xue kemudian menekankan bahawa apabila membuat pendaftaran vaksinasi, nama seharusnya sepadan dengan nama yang terdapat pada kad pengenalan.

“Walaupun nama lelaki tersebut pelik, ia masih lagi boleh dimasukkan dalam senarai vaksinasi. Namun, namanya perlu dibetulkan dengan pihak berkuasa.” ujar Xue.

Selain itu, beliau juga menasihatkan agar tiada yang mengikuti jejak langkah lelaki berkenaan untuk mengelak kejadian yang tidak diingini.

Hal ini kerana sijil elektronik yang tidak sepadan dengan nama sebenar yang tertera pada kad pengenalan dan pasport mungkin akan menyebabkan masalah jika perlu ke luar negara.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca