Lelaki paling pendek di dunia dan boleh berjalan disahkan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di sebuah hospital di Nepal pada usia 27 tahun.

Khagendra Thapa Magar yang berasal dari daerah Baglung, Nepal hanya mempunyai ketinggian 67.08 sentimeter yakni 2 kaki 2.41 inci.
Menurut abang beliau, Khagendra meninggal dunia pada Jumaat lalu susulan derita penyakit pneumonia.
Menurut Guinness World Records, terdapat dua kategori berbeza untuk individu pendek iaitu boleh berjalan atau sebaliknya.

Khagendra berjaya merangkul gelaran lelaki paling pendek dunia yang boleh berjalan pada tahun 2010 ketika sambutan hari lahirnya yang ke-18.
Beliau mula-mula dilihat oleh seorang jurujal yang sedang mengembara pada usia 14 tahun. Ketika itu, Khagendra dibawa ke beberapa pesta tempatan di mana kanak-kanak membayar sejumlah wang untuk bergambar dengannya.

Selepas menjadi terkenal dek gelaran pemegang rekod dunia pada tahun 2010, Khagendra mula mengembara ke seluruh dunia dan pernah muncul dalam beberapa rancangan televisyen di Eropah dan Amerika Syarikat. Malah, beliau juga merupakan duta rasmi bagi kempen pelancongan Nepal.
Craig Glenday yakni Ketua Editor Guinness World Records menulis dalam laman sosial Instagram rasmi bahawa pihak Guinnes World Records amat berdukacita dengan pemergian Khagendra.
“Senyumannya yang riang mampu mencairkan hati sesiapa sahaja yang berjumpanya,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Guinness World Records (@guinnessworldrecords) on
Kini, rekod lelaki paling pendek dan boleh berjalan dipegang oleh Edward Hernandez dari Colombia yang berukuran 70.21 sentimeter.
Untuk membaca artikel lain berkaitan rekod dunia, sila klik pada pautan di bawah: