KONGSIKAN

Baru-baru ini, tular di media sosial tentang pemilik Restoran Api-api Steamboat yang terletak di Melaka mengunakan perkataan kesat kepada seorang pelajar praktikal melalui pesanan Whatsapp. Tercetusnya perkara tersebut susulan daripada satu tweet seorang wanita yang dipercayai kakak saudara kepada  pelajar tersebut yang telah memuat naik satu ‘screenshot’ perbualan antara pelajar dan pemilik restoran tersebut. Perkara tersebut mendapat perhatian netizen; ada yang mengecam dan ada  juga yang mempertahankan tindakan pemilik restoran tersebut.

 

 

Foto : Oh My Media

 

Namun terdapat juga beberapa komen yang mengatakan perkara tersebut merupakan satu gimik pemasaran restoran tersebut untuk mendapat perhatian orang ramai. Daripada sudut pandang lain, kekecohan tersebut mungkin memang benar terjadi dan bukanlah satu gimik pemasaran semata.

Tapi,  jika benar ia hanyalah gimik semata,  itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana pelbagai gimik pemasaran dapat kita lihat terutamanya di platform media sosial  daripada syarikat perniagaan mahupun pemain-pemain industri hiburan di Malaysia. Apa yang menariknya beberapa isu yang dikesan sengaja diada-adakan.

 

Berikut disenaraikan beberapa isu yang viral di media sosial melalui pemerhatian penulis:

Seperti diketahui umum apabila sesuatu perkara itu menjadi tular di media sosial ia sekali gus menaikkan nama syarikat, produk atau individu yang terlibat.

1.Nur Sajat yang mencetus kontrovesi tentang jantinanya dan perkara itu membantu menaikan nama beliau dan juga produk bengkung keluaran syarikatnya.

2. Begitu juga dengan artis yang melakukan gimik untuk melariskan lagu terbaru mereka, seperti penyanyi Nabila Razali di mana video beliau menangis kerana putus cinta dengan pelakon Aedy Ashraff menjadi tular dan kemudian mengakui bahawa video itu merupakan gimik bagi klip video untuk lagu terbaru beliau Pematah Hati.

3. Selepas Nabila Razali,  Haqiem Rusli pula mencipta gimik pemasaran dengan  mengatakan ingin berhenti menyanyi kerana mengalami kemurungan atau depression. Tidak lama kemudian beliau mengumumkan lagu terbarunya dan membuat keputusan untuk tidak meneruskan niatnya untuk berhenti menyanyi.

4. Yang terbaru,  pelakon filem Paskal iaitu Hairul Azreen membuat kenyataan kepada media, bahawa beliau berhadapan detik cemas kerana nyaris menjadi mangsa culik ketika di sebuah pelantar minyak bagi menyelesaikan beberapa babak filem berkenaan.

 

Foto : Gempak

 

5 strategi pemasaran yang dapat penulis kongsikan:

  • Tonjolkan kisah kejayaan dan kisah peribadi di media sosial. Contohnya, Dato Aliff Syukri yang sering berkongsi di media sosial beliau. Strategi  itu telah membantu jualan produk mereka terjual laris dan meraih ramai pengikut.
  • Kongsikan video testimoni pelanggan.
  • Corporate Social Responsibility (CSR), merupakan komitmen sesebuah  organisasi terhadap masyarakat,  sebagai contoh berikan biasiswa kepada pelajar yang tidak berkemampuan.
  • Sentiasa melayani soalan-soalan pelanggan dan memberi penerangan tentang produk.
  • Gimik pemasaran dapat membantu syarikat dan pemain-pemain industri untuk meningkatkan lagi jualan dan karya mereka.

 

Namun isu berkenaan pemilik Restoran Api-api Steamboat yang tular di media sosial, bukan merupakan strategi pemasaran atau pun gimik pemasaran apabila sebelah pihak yang mencetuskan isu tersebut telah memadam tweet beliau di media sosial  dan memohon agar orang ramai berhenti menyebarkan tweetnya. Pemilik restoran turut memberikan penjelasan berkaitan isu tersebut melalui platform media sosial. Jelas menunjukkan bahawa perkara tersebut hanyalah salah faham antara dua pihak.

Melalui pandangan penulis,  strategi pemasaran yang dilakukan oleh syarikat dan selebriti di Malaysia merupakan cara yang sangat membantu perniagaan dan karier mereka. Selagi tidak melampaui batas dan tidak membahayakan diri, masyarakat dan negara, selagi itu ia masih lagi relevan dan boleh diterima.

So, sebelum nak viralkan sebarang isu,  pastikan ia dari sumber yang sahih okay.

 

Sumber : Oh my media