Lelaki Singapura Ini Mengaku Langgar Perintah Berkurung Kerana Ingin Mencuri Pakaian Dalam Wanita

Singapura telah menjalankan perintah ‘circuit breaker‘ bagi memutuskan rantaian COVID-19 sejak 7 April yang lalu. Seperti yang berlaku di Malaysia ketika PKP fasa pertama bulan lalu, hanya wakil keluarga sahaja yang dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan harian. Segala aktiviti luar juga telah dibekukan.

Walau bagaimanapun, masih terdapat beberapa orang yang melanggar perintah berkenaan. Terbaharu, seorang lelaki Singapura, Lee Chee Kin, 39 tahun telah ditahan kerana melanggar perintah circuit breaker. Dia juga didapati bersalah kerana keluar mencari dan mencuri pakaian dalam wanita.

Memetik laporan Berita Harian, Lee Chee Kin sudah mencuri pakaian dalam sekurang-kurangnya 30 kali di beberapa rumah sejak 2018 dan polis menemui lebih 100 coli dalam serbuan di rumahnya tahun lalu.

Selain mengaku bersalah melanggar perintah berkurung dan meninggalkan rumahnya tanpa alasan munasabah serta gagal memakai pelitup muka ketika berada di luar, dia turut mengaku bersalah atas tuduhan menceroboh dan mencuri.

Pihak Pendakwa Raya iaitu Kwang Jia Min memberitahu mahkamah bahawa Chee Kin akan memilih seluar dalam dan coli yang hendak dicuri mengikut penampilannya.

“Tertuduh menggunakan seluar dalam dan coli ini untuk kepuasan nafsu seksnya sendiri,” katanya.

Jika disabitkan kesalahan, Lee boleh dipenjara sehingga tiga bulan, didenda sehingga S$500 (RM1,534) atau kedua-duanya sekali untuk kesalahan menceroboh dan dihukum penjara sehingga tiga tahun, didenda, atau kedua-duanya sekali untuk kesalahan mencuri.

Beliau juga turut berdepan kesalahan melanggar peraturan COVID-19 di mana Lee boleh dipenjara sehingga enam bulan, didenda sehingga S$10,000 (RM3,0680) atau kedua-duanya sekali.

Untuk rekod, Singapura sudah menutup sekolah dan sektor pekerjaan tertentu sejak awal April lalu selepas dilanda gelombang kedua jangkitan COVID-19.

Dalam pada itu, seluruh team Lejen Digital ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru orang ramai agar tetap mematuhi perintah kerajaan dalam mengekang penularan virus COVID-19. Untuk baca artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca