Lelaki Scotland Ini Tiba-Tiba Fasih Cakap Melayu Setelah Tersedar Daripada Koma

Apa yang bakal kami katakan ini mungkin kedengaran agak pelik dan tidak masuk akal, namun ia benar-benar berlaku. Seorang lelaki warga Scotland yang merupakan mangsa kemalangan tiba-tiba boleh bertutur dalam bahasa Melayu dengan fasih sekali sebaik sahaja dia tersedar daripada koma.

Insiden yang tidak tercapai dek akal ini berlaku pada tahun 1983. Lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Fraser Watt terlibat dalam satu nahas jalan raya ketika dia berusia 24 tahun.

Dalam kejadian itu, kereta yang dinaikinya dirempuh oleh sebuah traktor yang dilaporkan keluar di hadapannya secara tiba-tiba. Insiden itu menyebabkan kepalanya terhantuk dengan kuat sekali pada cermin hadapan kereta sehinggakan cermin itu pecah.

Watt yang kini berusia 60 tahun memang boleh bertutur dalam bahasa Melayu ketika dia berusia 5 tahun. Namun begitu, dia dikatakan sudah tidak berbahasa Melayu selama 19 tahun sebelum kemalangan itu berlaku.

“Walaupun saya fasih berbahasa Melayu sewaktu kecil dahulu, tetapi saya sudah tidak berbahasa Melayu selama 19 tahun sebelum kemalangan itu,” katanya.

Menurut Watt, sebaik sahaja bangun daripada koma, dia tiba-tiba boleh berkomunikasi dalam bahasa Melayu dan tidak tahu berbahasa Inggeris. Pada ketika itu, ibunya banyak membantu dirinya untuk berkomunikasi dengan doktor.

Ibunya juga menterjemahkan bahasa Melayu sehinggalah Watt mampu bertutur semula dalam bahasa Inggeris.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca