Lelaki Pakai Gelang Tangan COVID-19 Minum Di Kopitiam Kini Diburu Polis

Pihak polis kini sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai melanggar Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) yang tular di media sosial pada Selasa.

Satu foto memaparkan lelaki berkenaan sedang makan di sebuah restoran yang bertempat di Desa Dri Hartamas, ibu negara jelas menunjukkan gelang tangan berwarna merah jambu di tangan kirinya sekali gus menandakan dia sedang menjalani proses kuarantin.

Walau bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Brickfields iaitu Assisten Komisioner Zairulnizam Mohd Zainuddin @ Hilmi mengatakan bahawa pihaknya masih belum menerima sebarang laporan berhubung perkara tersebut.

“Walaupun begitu, tindakan telah diambil bagi mengesan dan mengenal pasti lelaki tersebut.

Polis mengalakkan orang ramai agar terus menyalurkan maklumat ke Bilik Gerakan IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) untuk membolehkan tindakan diambil secepat mungkin,” kata Zairulnizam menerusi satu kenyataan.

Terdahulu, tular di media sosial apabila seorang pengguna Twitter iaitu @isaacosmanTV memuat naik sekeping foto memaparkan lelaki berkenaan sedang duduk sambil memegang telefon di kedai makan tersebut. Foto itu secara tidak langsung telah mengundang amarah dalam kalangan rakyat Malaysia kerana lelaki berkenaan tidak sepatutnya keluar rumah sepanjang tempoh kuarantin.

Sebelum ini, kes sama berlaku apabila foto memaparkan wanita memakai gelang tangan merah jambu pengesanan COVID-19 makan di sebuah restoran tular di media sosial. Pada mulanya, saringan pertama mendapati dia negatif wabak itu tetapi saringan kedua yang dilakukan selepas 13 hari wanita berkenaan menjalani kuarantin mendapati dia sebenarnya positif COVID-19.

Untuk baca artikel penuh tentang wanita bergelang tangan merah jambu itu dan artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca