Lelaki Maut Terbakar Dalam Lif Kerana E-Skuter

Sebuah e-skuter yang lebih dikenali sebagai Personal Mobility Device (PMD) di Singapura telah terbakar dalam sebuah lif dan menyebabkan seorang lelaki maut.

Singapore Civil Defence Force (SCDF) dan pihak polis telah mendapat laporan tentang kebakaran tersebut kira-kira jam 11:25 malam pada 3 Jun lepas di tingkat dua sebuah flat di Woodlands, Singapura.

Penduduk di flat tersebut telah cuba untuk memadamkan api yang sedang marak di lif tersebut dengan beberapa baldi air sebelum pegawai SCDF tiba.

Mangsa kebakaran yang berusia 20 tahun itu telah dibawa oleh pihak pegawai SCDF ke Khoo Teck Puat Hospital untuk mendapatkan rawatan.

Pada mulanya, mangsa masih dalam keadaan sedar ketika dalam perjalanan ke hospital tetapi akhirnya meninggal dunia akibat cederanya yang parah.

Hampir 90 orang penduduk flat tersebut telah dipindahkan buat sementara waktu sebagai langkah berjaga-jaga.

Setelah disiasat, kebakaran tersebut dipercayai berpunca daripada PMD yang mangsa bawa.

Beberapa foto telah dikepilkan dalam sebuah hantaran di laman Facebook SCDF yang menunjukkan kesan terbakar di dalam lif dan beberapa sisa PMD yang telah hangus dijilat api.

[Fire @ Block 537 Woodlands Drive 16]At about 11.25pm last night, SCDF responded to a fire on the second floor of…

Posted by Singapore Civil Defence Force on Thursday, June 3, 2021

Pihak SCDF turut mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang modifikasi kepada PMD, terutamanya PMD bukan jenis UL2272, bagi mengelakkan perkara-perkara sedemikian berlaku yang boleh membahayakan masyarakat.

Sebuah infografik tentang cara untuk mengelakkan kebakaran PMD turut telah disertakan oleh pihak SCDF.

Sumber: Facebook

Pihak SCDF memberitahu kepada pemilik PMD amat digalakkan untuk membuang e-skuter tersebut di tempat yang betul.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca