Lelaki Ini Kena Kecam Dengan Army Gara-Gara ‘Edit’ Gambar Oppa BTS Botak

Sebut sahaja tentang penyanyi berkumpulan Korea, BTS pasti ramai yang begitu teruja.

Kepopularan kumpulan ini dalam industri hiburan sememangnya tidak dapat disangkal lagi.

Bahkan, BTS turut memiliki kumpulan peminatnya yang dikenali sebagai Army. Bagaimanapun, baru-baru ini, kecoh di laman Twitter apabila salah seorang kumpulan Army marah terhadap seorang pengguna media sosial.

Kekecohan berlaku sejurus seorang lelaki memuat naik gambar ahli BTS dalam keadaan botak.

Lelaki yang dikenali sebagai Bangman atau Aiman Salim ini memang sedang membotakkan kepalanya.

Maka, dia pun segera menyunting gambar ahli kumpulan tersebut lalu dimuat naik menerusi akaun Twitternya sebagai suka-suka.

Posting yang dimuat naik pada 15 Disember itu sehingga kini meraih 4.6 ribu ulang kicau dan 7.2 ribu tanda suka.

Namun, apa yang berlaku ialah Bangman teruk dikecam dengan Army. Berikut merupakan gambar yang memaparkan bukti Bangman dikecam.

Bukan itu sahaja, geng Army ini dilihat sempat mengugut untuk melaporkan akaun Twitter Bangman kerana telah memalukan dan menjatuhkan nama baik BTS.

Mujur sahaja Bangman tidak cepat melatah, kerana dia juga rupanya meminati lagu-lagu BTS.

Jelas Bangman, “Apa yang dibuat bukan bermaksud benci dengan BTS atau mahu persendakan kumpulan K-Pop pujaan ramai itu.”

Apa yang mengejutkan adalah, ramai warganet yang menyokong Bangman dan menyatakan bahawa Army terlalu protective dan terlalu memuja idola mereka.

Jadi, apa pandangan anda semua?

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca