Lelaki Jepun Ini Menipu Tarikh Lahir Kepada 35 Orang Teman Wanitanya

Acapkali kita terdengarkan kisah-kisah orang yang telah ditipu oleh pihak scammer serta kumpulan skim cepat kaya sehingga menyebabkan kerugian yang sangat besar.

Di Osaka, seorang lelaki Jepun berusia 39 tahun telah ditangkap atas kesalahan menipu 35 orang teman wanitanya.

Lelaki bernama Takashi Miyagawa ini meyakinkan beberapa teman wanitanya yang hubungan yang mereka lalui itu serius dan akan berakhir ke jinjang pelamin.

Miyagawa turut menipu tentang tarikh lahirnya dan memberitahu tarikh yang berbeza kepada setiap 35 orang teman wanitanya.

Baru-baru ini, dia telah memberitahu seorang teman wanitanya yang berusia 47 tahun bahawa tarikh lahirnya adalah pada 22 Februari.

Seorang lagi mangsa telah diberitahu bahawa tarikh lahirnya jatuh pada bulan Julai manakala mangsa yang lain telah ditipu bahawa tarikh lahir Miyagawa adalah pada bulan April.

Tarikh lahir sebenar Takashi Miyagawa adalah pada 13 November.

Miyagawa telah dikatakan bahawa dia menemui para mangsanya ketika sedang menjual shower head air hidrogen serta beberapa barangan lain dari syarikat yang tidak bernama dan memulakan hubungan romantik dengan mangsa-mangsanya.

Jumlah semasa mangsa Migayawa yang seramai 35 orang dan berkemungkinan masih ramai lagi, telah menubuhkan sebuah persatuan mangsa Miyagawa dan melaporkan kes tersebut kepada pihak polis.

Lelaki yang tidak mempunyai alamat tempat tinggal yang tetap ini dikatakan telah menerima hadiah daripada kesemua teman wanitanya yang berjumlah hampir 100,000 yen, iaitu sebanyak RM3811.

Kisah ini telah mencetuskan kemarahan serta rasa tidak sangka orang ramai terhadap perbuatan Miyagawa tersebut.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca