Lelaki Ini Terlampau Mabuk Sehingga Tidak Sedar Dirinya Sedang Berbogel Di Khalayak Ramai

Gara-gara terlampau mabuk, seorang lelaki tidak sedar yang dia sedang berjalan dalam keadaan bogel di Jalan Kinabalu, Kuala Lumpur pada Ahad.

Tindakan lelaki tersebut bagaimanapun berjaya dihentikan anggota polis yang berada di lokasi kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi iaitu Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visunathan Abdullah, insiden tersebut berlaku sekitar jam 3.27 petang.

Difahamkan, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam di mana terdapat seorang lelaki sedang berjalan dalam keadaan bogel di hadapan bangunan Daya Bumi.

Sebaik sahaja menerima maklumat tersebut, sebuah kereta peronda dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dikerah ke lokasi kejadian.

Kata Mohd Fahmi, lelaki itu berjaya dipujuk oleh anggota polis untuk masuk ke dalam kereta peronda tanpa sebarang kelakuan agresif.

Menurut laporan Astro Awani, siasatan awal mendapati bahawa lelaki tersebut tidak mempunyai sebarang masalah mental. Dia bagaimanapun mengaku ada mengambil minuman keras gara-gara tidak dapat mengawal tekanan perasaannya ekoran masalah peribadi.

Lelaki berkenaan juga mengatakan yang tindakan berbogel di khalayak ramai itu tidak disedarinya kerana terlampau mabuk.

Anggota polis tersebut juga dilaporkan telah membelikan pakaian dari kedai pakaian terpakai dan memberikan wang saku kepada lelaki berkenaan untuk dijadikan tambang pulang ke rumahnya yang bertempat di Brickfields.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca