Seorang lelaki telah berkongsi kisah penemuan sepucuk surat terakhir yang ditulis sendiri oleh adiknya yang meninggal selepas melahirkan seorang bayi perempuan yang comel.
Setelah tiga tahun adiknya meninggal, dia membongkar almari milik adiknya dan menemukan sepucuk surat yang bertajuk ‘Pinjamkan aku satu hari’ di dalam sebuah beg. Lebih mengejutkan apabila tarikh surat tersebut sama hari dengan pemergian adiknya dan kemungkinan surat itu ditulis di sebelah pagi. Malah, isi kandungan surat itu menunjukkan seolah-olah adiknya tahu ajalnya sudah hampir.
Tiada seorangpun manusia yang dapat mengetahui bila dirinya akan mati tapi yang jelas setiap yang bernyawa pasti akan mati. Untuk itu, kita sebagai hamba yang bertuhan harus selalu mempersiapkan diri sebelum ajal menjemput pada bila-bila masa sahaja.
Perkongsian seorang lelaki yang bergelar abang ini seakan-akan seperti sebuah buku terbitan Lejen Press iaitu Seyogia karya Amal Hamsan. Buku ini berkisar tentang seorang remaja perempuan bernama Jard yang kesunyian sebab ibu bapanya tidak mengambil kisah tentang dirinya kecuali abangnya, Jazman seorang yang sangat melindungi dirinya.
Mereka memang rapat sejak kecil sehinggalah ada satu peristiwa yang berlaku menyebabkan hubungan mereka bertukar dingin dan abangnya meninggal.
Bermula dari itu, perjalanan hidup gadis ini berubah dan kemudiannya dia menemui insan-insan yang menyedarkan dirinya walaupun dia rasa hidupnya terlalu teruk namun ada lagi orang lain yang melalui hidup yang lebih hebat dugaannya.
Buku Seyogia telah menerima 4.13 bintang daripada Goodreads dan rata-rata mereka yang membaca buku ini meninggalkan review yang positif. Jadi, anda perlu dapatkan buku Seyogia ini kerana banyak kejutan yang menanti anda dalam buku yang bergenrekan drama ini.
Untuk mengetahui apa sebenarnya kisah buku Seyogia, anda boleh dapatkan buku ini menerusi laman web www.lejen.my dan juga di I Am Lejen Shop yang terletak di SS15, Subang Jaya.
Bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan negara pada 31 Ogos ini, Lejen Press mengadakan promosi Merdeka Lejen bermula dari 23 Ogos 2019 hingga 31 Ogos 2019 yang melibatkan lebih 100 judul buku-buku terpilih dengan harga serendah RM2!