Lelaki Ini Terjumpa Bangkai Ikan Gergasi Di Pantai Australia

Baru-baru ini, bangkai seekor ikan gergasi ditemukan terdampar di pantai oleh dua orang pemancing yang dikenali sebagai Linette Grzelek dan rakannya, Steven Jones. Mereka menjumpai ikan tersebut di sebuah kawasan pantai Goolwa Pipico yang terletak kira-kira 25 kilometer dari River Murray.

Sebelum ini, Grzelek telah memuat naik gambar ikan tersebut di laman Facebook miliknya dan menjadi tular di media sosial. Pada mulanya, beliau tidak menyangka bahawa itu adalah ikan sebenar kerana ia kelihatan besar seperti kayu.

Menurut ABC Australia, ikan ini dikenali sebagai Mola-mola atau ikan Matahari. Ikan matahari ini dianggarkan boleh membesar sehingga 3.2 meter panjangnya dan beratnya boleh mencecah sehingga 2 tan.

Menurut pengurus muzium ikan Australia Selatan, Ralp Foster, spesies ikan ini jarang ditemui. Beliau percaya bahawa terdapat 3 ekor ikan spesies yang sama di sini tetapi ikan jenis seperti ini jarang ditemui di perairan Selatan Australia.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca