Lelaki Ini Tergamak Rogol Nenek Berusia 72 Tahun Dengan Alasan Sudah Lama Tidak Lakukan Hubungan Seks

*Gambar di atas hanya sekadar hiasan.

Seorang lelaki di Tuaran, Sabah tergamak merogol nenek berusia 72 tahun dengan alasan sudah lama tidak melakukan hubungan seks.

Memetik laporan Astro Awani, dalam insiden yang berlaku sekitar jam 12 tengah malam pada 7 Disember lalu, suspek yang berusia sekitar 30-an itu dilaporkan melakukan perbuatan terkutuk tersebut di sebuah kediaman tidak bernombor.

Difahamkan, mangsa hanya duduk berseorangan di rumah sewaktu kejadian dan tiada seorang pun saksi yang melihat insiden berkenaan.

Ketua Polis Daerah Tuaran iaitu Deputi Superintendan Mohd Hamizi Halim mengesahkan kejadian tersebut.

“Menurut keterangan pengadu, semasa kejadian itu mangsa terjaga daripada tidurnya,” kata Mohd Hamizi.

“Tiba-tiba mangsa melihat suspek sudah berada di hadapannya sambil menunjukkan tangan ke arahnya supaya jangan menjerit sambil berkata kepada pengadu supaya memberi peluang kepadanya untuk melakukan seks kerana sudah lama tidak melakukannya,” katanya lagi.

Berdasarkan siasatan awal, pengadu mendakwa dia tidak mampu berbuat apa-apa kerana berasa takut dan masih tekejut dengan kejadian itu.

“Susulan kejadian berkenaan, pengadu kemudiannya membuat laporan polis, semalam.”

“Polis masih menyiasat perkara ini dan suspek kini sedang diburu.”

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil segera bagi membantu siasatan kes ini,” katanya.

Kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca