Lelaki Ini Tergamak Perkosa Bayi Berusia 18 Bulan Demi Puaskan Nafsu Serakah

*Gambar hanya sekadar hiasan.

Seorang remaja lelaki di India tergamak memperkosa bayi perempuan yang baru sahaja berusia 18 bulan demi memuaskan nafsu serakahnya. Laporan media melaporkan bahawa bayi malang itu merupakan saudara kepada remaja lelaki berkenaan. Kejadian ini berlaku di Pradesh, India pada Sabtu lalu.

Difahamkan, perbuatan syaitan bertopengkan manusia itu akhirnya terbongkar selepas ibu kepada bayi tersebut tampil membuat laporan polis.

Menurut Superintendan Shiv Kumar, semasa kejadian, ibu mangsa dikatakan keluar seketika untuk membeli sayur manakala bapanya pula sedang bekerja.

“Sebaik sahaja pulang ke rumah, ibunya mendapati bayi seperti bermasalah dan terus mengesyaki ada sesuatu berlaku ketika dia tiada di rumah.

Bayi itu kemudiannya dirujuk ke hospital dengan segera untuk pemeriksaan lanjut sebelum doktor sahkan bahawa dia diperkosa,” kata Shiv Kumar.

Susulan kejadian, remaja terbabit akhirnya ditahan polis kira-kira 110 kilometer dari tempat kejadian bagi membantu siasatan.

Kes berkenaan disiasat di bawah Kanun Keseksaan dan Perlindungan Kanak-Kanak daripada Kesalahan Seksual 2012.

Untuk rekod, akta berkenaan diwujudkan bagi melindungi kanak-kanak daripada kesalahan seperti penderaan seksual, gangguan seksual dan pornografi.

Pada Februari lalu, seorang bayi perempuan berusia empat bulan di Daudnager menemui ajal selepas diperkosa oleh sepupunya sendiri yang berusia 30 tahun.

Untuk baca artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca