Lelaki Ini Tak Oder Apa-Apa Kecuali Senyuman Daripada McDonald’s Menerusi ‘Uber Eats’

Penulis perhatikan, sektor e-dagang dan perkhidmatan penghantaran oleh syarikat tertentu seperti Grab Food atau Food Panda dan lain-lain sedang meningkat naik. Sekali ketik dengan hujung jari, pelbagai barangan termasuk makanan yang dipesan sampai ke pintu rumah.

Manakala di Jepun pula, Uber Eats merupakan salah satu platform penghantaran makanan yang popular. Menurut laporan SoraNews, kebanyakan pengguna di Jepun tidak perasan ada tanda ‘free smile’ di bawah menu McDonald’s yang tertera di skrin. Bagaimana ‘senyuman’ tersebut dihantar ke rumah?

Sumber gambar: Master Blaster

Para pengguna akan diberi pilihan untuk tekan butang ‘senyuman percuma’ tersebut. Selepas klik, nanti staff McDonald’s akan menulis mesej positif berserta muka gembira di atas bungkusan makanan.

Sumber gambar: Master Blaster

Mungkin ramai orang menyangka tiada siapa yang sanggup buat kerja gila dengan mengoder ‘senyuman percuma’ sahaja, tanpa kentang goreng, coke, ayam goreng dan burger daging dua tingkat.

Namun pada suatu hari, seorang penulis dan pengguna Twitter, Yusuke Yamano (@yamanoyy) cuba buat eksperimen dengan tidak memesan apa-apa makanan kecuali senyuman percuma.

“Semasa saya minta sebuah senyuman daripada Uber Eats, pesanan dihantar macam biasa cuma saya dapat beg kertas berharga 390-yen (RM15.66).” katanya dalam satu ciapan di Twitter.

Walaupun mendapat senyuman secara percuma, Yamano tetap perlu bayar kos penghantaran 240 yen (RM 9.64). Ditambah pula harga 150-yen (RM 6.02) yang dikenakan jika nilai kos penghantaran barang di bawah 700-yen (RM 28.11) menjadikan semua sekali 390 yen (RM 15.66).

Manakala salah seorang pengguna Twitter lain turut membalas ciapan itu, “Atau kalau awak minta banyak-banyak. Mereka tetap gigih melukisnya. Saya minta 21 senyuman dan dapat 21 muka senyum di atas belakang beg kertas. Rasa bersalah pula buat macam tu pada staf…”

Sabar sajalah staff McDonald’s tersebut melayan pelanggan-pelanggan ini.

Untuk membaca lagi artikel tentang McDonald’s, anda boleh klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca