Berang Dengan Respons Yang Diterima, Lelaki Ini Sengaja Calarkan BMW Supaya Bapa Beli Kereta Idamannya

Kematangan tidak ditentukan dengan umur. Buktinya adalah menerusi tindakan seorang lelaki dewasa di sebuah bilik pameran BMW yang terletak di Shangrao, China pada 25 November lalu.

Tidak sepadan dengan usianya, Ji Moubing bertindak menggunakan kunci untuk mencalarkan pintu belakang sebuah kereta berwarna biru yang dipamerkan di bilik pameran kenderaan berkenaan!

Rupa-rupanya, Moubing percaya bahawa sekiranya dia melakukan kerosakan tersebut, bapanya akan membeli kereta idamannya itu sebagai ganti rugi.

Sebaik sahaja pihak polis tiba di tempat kejadian, mereka terkejut apabila melihat Moubing berdiri dengan tenang seolah-olah dia tidak melakukan apa-apa kesalahan.

Sumber: Sinar Harian

Moubing beranggapan bahawa tindakannya itu tidak salah kerana dia sudah merancang untuk membeli kenderaan tersebut.

Kejadian itu bermula kerana lelaki berusia 22 tahun itu sangat meminati kereta tersebut. Disebabkan itu, dia memaklumkan jurujual berkenaan bahawa dia mahu membelinya dengan alasan bapanya akan menghadiahkan kereta itu selepas memiliki lesen memandu.

Namun, semuanya berubah apabila bapa Moubing memberitahu anak lelaki itu bahawa dia tidak mahu membeli kereta berwarna biru itu untuknya. Moubing berang lalu menggores kereta tersebut.

Sudah tentu, jurujual itu tidak senang duduk selepas melihat tindakan Moubing! Jurujual terbabit menghubungi pihak polis dan Moubing kemudiannya ditahan bagi membantu siasatan.

Sumber: World of Buzz

Kes itu masih berada dalam siasatan dan terdapat kemungkinan bahawa bapa Moubing perlu membayar ganti rugi untuk kerosakan yang dilakukan oleh anak lelakinya.

Dalam pada itu, Moubing merupakan bukti yang nyata apabila seseorang itu berkata tentang kematangan tidak ditentukan dengan umur kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Anda boleh tonton video itu menerusi pautan berkenaan.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca