Lelaki Ini Sanggup Habis RM400,000 Untuk Jadi Jimin BTS

Penangan K-Pop bukanlah sesuatu yang baru. Ia bukan sahaja menjadi kegilaan rakyat di negara kita malah juga di negara luar sehingga ada yang sanggup berhabis duit sehingga ratusan ribu ringgit untuk menjalani pembedahan plastik bagi kelihatan seperti idola K-Pop mereka.

Seorang lelaki British, Oli London telah membelanjakan $100,000 (RM406,750) untuk kelihatan seperti idolanya iaitu Park Ji-Min atau lebih dikenali sebagai Jimin daripada kumpulan yang diminati ramai, BTS.

Sebelum ini, Oli pernah menetap di Korea pada tahun 2013. Menurutnya, dia mula meminati BTS setelah mendengar lagu hit mereka iaitu Fake Love.

Setakat ini, Oli telah melakukan prosedur pembedahan plastik di hidung, tulang rusuk dan juga implan dagu silikon dalam usaha untuk menyerupai wajah idolanya itu.

K-Pop stars all look perfect, apabila saya menonton video mereka, saya akan menangis. Ketika zaman sekolah, saya mempunyai masalah jerawat dan sering rasa insecure dengan diri sendiri. Saya juga memiliki hidung yang besar. Jadi, saya rasa perlu mengubah diri saya untuk menjadi lebih bahagia,” jelas Oli.

Pada Ogos tahun lepas, Oli telah membuat fillers di sekeliling matanya. Dia bukan sahaja mahu mengubah wajahnya untuk kelihatan seperti artis K-Pop malah dia juga ingin mengubah gaya hidupnya secara keseluruhan.

Oli akan menunjukkan gambar Jimin kepada doktor setiap kali dia ingin melakukan perubahan pada wajahnya. Memang dah tahap obses nampak gayanya! Jadi, apa pendapat anda semua?

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca