Lelaki Ini Rakam Anak Patung Gerak Sendiri Dalam Rak Kaca

Pernahkah anda tonton filem Annabelle? Ia sudah menjadi satu hobi buat sesetengah individu untuk mengumpul boneka tetapi betulkah ia hanya merupakan satu anak patung yang kosong?

Kejadian paranormal ini berlaku kepada seorang lelaki di Ohio, Amerika Syarikat baru-baru ini apabila dia mendakwa anak patung isterinya bergerak sendiri di dalam rak kaca.

Memetik laporan Unilad, Chad Gassert sedar buat pertama kalinya anak patung itu bergerak dengan sendirinya pada awal tahun ini. Chad tidak melepaskan peluang untuk merakam kejadian paranormal tersebut apabila dia menyaksikannya sekali lagi pada bulan Mei.

Chad terus lari dengan penuh ketakutan ke bilik tidurnya dan tunggu di pintu kerana dia takut anak patung tersebut akan mencarinya.

Sumber: Mirror

Ada juga yang menyatakan ‘sepasang mata’ berada di belakang anak patung tersebut sebelum ia bergerak dalam video berkenaan.

Walau bagaimanapun, tidak kurang juga yang membuat andaian bahawa anak-anak patung itu dipasang bersama wayar ataupun magnet halimunan. Ramai orang turut membuat andaian bahawa ia merupakan prank isteri Chad iaitu Victoria Andrews-Gassert terhadap suaminya.

Sementara itu, Chad turut menjelaskan bahawa kejadian paranormal itu hanya berlaku apabila dia bersendirian di dalam rumah tersebut.

Pada pendapat anda, adakah koleksi anak patung Victoria itu sebenarnya berhantu atau tidak? Anda boleh tonton video penuh di bawah.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan kejadian paranormal, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca