Lelaki Ini Racun Gelandangan Sebagai Hiburan

Seorang lelaki berusia 38 tahun di California didakwa meracuni sekurang-kurangnya lapan individu gelandangan dan membuat rakaman video ketika mangsa mengalami sawan, muntah dan sukar bernafas.

Beberapa mangsa dirawat di hospital pada pertengahan Mei selepas makan makanan yang mengandungi Oleoresin Capsicum.

“Ia dua kali lebih kuat daripada semburan lada yang digunakan polis,” kata pejabat Peguam Daerah Orange County dalam satu kenyataan.

Menurut Peguam Daerah, Todd Spitzer, mereka menjadi mangsa kerana mereka terdedah. Malah, mereka dieksploitasi dan diracun sebagai satu bentuk hiburan dan kesakitan mereka akan dirakam.

Pihak berkuasa mendakwa Willian Robert Cable meracuni mangsa di Huntington Beach, selatan Los Angeles dan merakam mangsa ketika dalam derita kesakitan.

Malah, beberapa mangsa diberi bir dalam usaha mengumpan mereka makan makanan beracun itu.

Menurut pendakwa raya, beberapa mangsa juga diberitahu bahawa ia merupakan cabaran yang dikenali sebagai Spicy Challenge dan itu membuatkan mereka mengambil makanan tersebut.

Sama ada ia telah disebarkan di dalam talian atau tidak, ia masih belum dapat dikenal pasti.

“Kekejaman jenayah ini merupakan satu kejutan buat komuniti kami,” kata Datuk Bandar Huntington Beach, Lyn Semeta.

Cable, yang ditangkap pada 22 Mei akan berdepan hukuman penjara hingga 19 tahun jika disabitkan dengan tuduhan berkenaan.

Untuk membaca artikel lain berkaitan jenayah, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca