Lelaki Ini Pukul Isteri Mengandung Kerana Tidak Diberi Telefon Untuk Main Game

pukul isteri mengandung kerana game

Hanya kerana permainan video, seorang lelaki tergamak pukul isteri mengandung kerana tidak diberi telefon untuk bermain.

AD, 21, yang hamil dua bulan itu telah mengalami kecederaan akibat dipukul kerana menghalang suaminya bermain permainan video High Domino.

Kejadian tersebut berlaku di Kabupaten Simeulue, Indonesia. Menurut laporan Tribunenews, mangsa dihantar ke hospital untuk rawatan setelah membuat laporan polis.

Ketua Polis Simeulue, Muhammad Rizal berkata, suaminya, 24, telah ditahan untuk memberi keterangan lanjut mengenai kejadian tersebut.

Menurut Rizal, kejadian kekerasan rumahtangga itu berlaku pada rabu lepas. Mangsa telah mengalami kecederaan di paha kiri dan kepala.

“Mangsa dan suspek merupakan pasangan suami isteri, si Isteri itu sedang hamil dua bulan.

Suspek telah pukul isteri kerana marah tidak diberikan telefon untuk main chip domino,” nyata ketua polis pada hari ini.

Pihak polis telah mengambil keterangan daripada suspek dan telah diberi nasihat agar suspek dan si Isteri menyelesaikan masalah secara baik.

Ketua polis itu menambah, tidak semua kes perlu dilaporkan kerana mereka telah menerima 18 kes yang boleh diselesaikan dengan bermusyawarah.

“Saya berharap kepada orang ramai, sebelum melaporkan kes seperti pergaduhan, perselisihan, dan penganiayaan ringan kepada polis, 

Sebaiknya diselesaikan secara kekeluargaan terlebih dahulu. Jangan kerana emosi sesaat, anda terus melanggar hukum,” kata Rizal.

Dia juga menambah bahawa pihak polis juga sedia untuk membantu proses perdamaian jika perlukan pihak pengantara.

Untuk pembaca di Malaysia, anda boleh menghubungi Talian Kasih 15999 atau terus membuat aduan melalui Whatsapp di 019 261 5999 jika ingin melaporkan kes kekerasan rumahtangga.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca