Lelaki Ini Pasang Kamera Rahsia Untuk Tahu Apa Kucing Dia Buat Malam-Malam

Pernahkah anda terfikir, apakah aktiviti kucing peliharaan semasa ketiadaan anda?

Penulis dan adik-adik selalu tergelak membayangkan kucing-kucing kami sedang mengadakan parti liar sekiranya tiada orang di rumah semalaman. Tetapi itu hanyalah imaginasi.

Di Thailand, ada seekor kucing bernama Achi. Hobinya adalah melepak dan melingkar di sebelah tuan kesayangannya, Lomphonten Lomphontan.

Via Bored Panda

Suatu hari, Lomphonten memasang kamera yang tersembunyi di dalam rumahnya bagi memerhatikan Achi. Dia menghala kamera tersebut ke arah katilnya pada waktu malam.

Akhirnya terbongkar apa kucing tersebut buat pada waktu malam sepanjang Lomphoten tidur menerusi video tersebut.

Lomphonten mendapati yang selepas dia lena, Achi mula bertindak mengambil kesempatan untuk mengerekot manja di sisinya.

Beberapa malam kemudian, Achi panjat atas dada lelaki itu dan menggunakan ‘paw’ bagi memastikan tuannya benar-benar tidur.

Via Bored Panda
Via Bored Panda
Via Bored Panda

Selepas itu, ia akan merebahkan tubuh bulunya itu ke muka Lomphonten. Kadang-kadang Achi akan ‘mencekik’ tuannya tanda sayang.

Via Bored Panda
Via Bored Panda
Via Bored Panda

Lomphonten duduk menonton rakaman tersebut sepanjang malam. Dia tidak pernah menyangka ini rupanya ritual kucing itu selama ini. Barulah lelaki itu faham mengapa dia asyik bermimpi lemas dicekik.

“Kelakar sangat.” katanya kepada The Dodo.

“Saya semakin jatuh cinta padanya setelah mengetahui ia menyayangi saya sampai macam ini sekali.” ujar Lomphonten lagi.

Via Bored Panda
Via Bored Panda

Walaupun muka nampak ganas, dalam hati ‘abang kucing’ ini tetap ada taman.

Untuk baca kisah lucu lain berkenaan haiwan bernama kucing ini, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca