Lelaki Ini Nekad Menyamar Jadi Ibu Untuk Bantu Wanita Itu Lulus Ujian Memandu

Setiap individu di muka bumi ini yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh insan bernama ibu pasti mahukan yang terbaik buat mereka. Malah, ada yang sanggup melakukan sesuatu di luar jangkaan kerana rasa sayang yang menggunung terhadap wanita yang melahirkan mereka.

Begitulah kisah yang kami bakal kongsikan ini di mana seorang lelaki bernama Heitor Schiave mengambil keputusan untuk menyamar menjadi ibunya sewaktu mengambil ujian memandu. Kejadian ini dilaporkan berlaku di utara Brazil.

Schiave yang berusia 43 tahun itu memakai pakaian dan mengenakan solekan menyerupai ibunya yang dikenali sebagai Maria. Walau bagaimanapun, helah itu akhirnya terbongkar apabila penyamaran tersebut berjaya dikesan.

“Schiave cuba sedaya upaya menyamar menjadi ibunya,” kata pengajar pemandu iaitu Aline Mendoca kepada portal BBC.

“Dia memakai mekap yang tebal, mengenakan tata rias pada kukunya, memakai blaus bercorak bunga serta barang kemas,” kata Mendoca lagi.

Difahamkan, Schiave nekad mengambil keputusan itu selepas ibu kesayangannya sudah beberapa kali gagal dalam ujian memandu.

“Tujuan dia berbuat demikian ialah supaya ibunya lulus ujian berkenaan,” cerita Mendoca.

Maria bagaimanapun dikatakan langsung tidak tahu mengenai rancangan ‘bernas’ anaknya itu.

Schiave telah ditahan pihak berkuasa atas dakwaan menyamar dan menyalahgunakan identiti.

Untuk baca artikel lain berkenaan kisah penyamaran, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca