Lelaki Ini Menyamar Jadi Hantu Untuk ‘Mengusik’ Remaja Yang Tak Patuh PKP

Seorang lelaki dari Terengganu telah memuat naik gambarnya yang berpakaian seperti lembaga putih dan berdiri di atas sebuah van di media sosial.

Tindakan itu dilakukan bagi ‘mendidik’ orang ramai terutama remaja supaya tidak keluar merayau pada waktu malam dan patuh arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang disarankan kerajaan semasa wabak Covid-19.

Gambar tersebut telah menjadi tular di Facebook, dikongsi warganet sebanyak 3,500 kali dengan 1,500 komen dan 1,000 tanda suka.

Lapor Harian Metro, pendekatan itu berjaya kerana ramai percaya pada gambar itu dan bimbang untuk keluar malam.

Lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Urabil itu berkata bahawa pelbagai cara yang diambil pihak berkuasa termasuk menjalankan rondaan bagi memastikan golongan muda duduk di rumah, namun terdapat segelintir yang masih berdegil.

“Apabila saya memuat naik gambar itu di FB, masing-masing panik dan takut untuk keluar pada waktu malam.” katanya kepada Harian Metro.

Bagaimanapun, dia berharap gambar yang tular itu tidak terus dianggap gambar sebenar sehingga menimbulkan pelbagai tanggapan negatif atau kepercayaan karut.

Untuk membaca lagi cerita-cerita tentang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) , anda boleh klik pautan artikel di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca