Lelaki Ini Menggunakan Lighter Untuk Menyelamatkan Penyu Yang Tersekat Dengan Sampah

Pencemaran di persisiran pantai semakin hari semakin serius seperti apa yang boleh kita lihat melalui perkongsian daripada akaun Twitter milik The Dodo.  Video yang dikongsikan oleh The Dodo itu menunjukkan seekor penyu tersekat dengan sampah sarap dibadannya. Mereka pada mulanya hanya ingin melihat penyu dan membawa kembali ke pantai tetapi apabila melihat keadaan penyu itu yang sedang tersangkut dengan sampah sarap, mereka sangat terkejut.

Penyu tersebut dibawa ke persisiran pantai untuk dibuang sampah yang terdapat dibadannya. Pada mulanya mereka ingin menggunakan pisau tetapi menyedari bahawa jika mereka memotong jala itu dengan menggunakan pisau ia akan lebih menyakitkan penyu itu. Namun, mereka mengambil keputusan untuk menggunkan lighter sebagai alat memotong jala bagi mengurangkan kesakitan yang dihadapi oleh penyu itu.

Mengikut statistik setiap tahun, 13 juta tan sampah plastik akan dibuang ke laut. Kanada, Mexico, Amerika Syarikat dan Eropah ialah pengeluar plastik dunia dan 39.9 peratus plastik digunakan dalam pembungkusan. United Nations Environment Programme (UNEP) menyeru semua pihak menolak barang plastik pakai buang dan memilih plastik yang boleh diguna semula.

Seperti sedia maklum jika kita ke pantai, kita harus mengutip sampah yang berada di situ untuk melindungi habitat yang tinggal di lautan supaya tidak termakan sampah sarap yang dibuang. Jika binatang yang berada di lautan tersebut memakan sampah atau mereka tersekat, berkemungkinan besar mereka akan mati. Jadi kita sebagai manusia jangan malas untuk membuang sampah di tempat yang betul. Sekiranya menjumpai sampah di pantai, sila buang ke tempat yang disediakan. Penulis berharap agar para pembaca boleh mengurangkan penggunaan plastik dalam kehidupan seharian dan janganlah anda membuang sampah merata-rata tempat. Gunakan kemudahan yang telah disediakan oleh pihak yang berkenaan.

Jika anda ingin mendapatkan info yang menarik, marilah ikuti ke Telegram Lejen Press. Di sana mempunyai pelbagai info yang menarik untuk dibaca.

Artikel Lain Untuk Di Baca