Lelaki Ini Mengahwini Robot Kerana Sukar Mencari Jodoh

Suatu ketika dahulu, robot mungkin hanya wujud dalam imaginasi, filem dan novel sains fiksyen. Kini, kemunculan robot menjadi realiti terutama di negara yang canggih dengan kemajuan teknologi seperti China dan Jepun apabila banyak media antarabangsa melaporkan bahawa robot bukan saja akan mengambil alih pekerjaan manusia malah turut dijadikan sebagai teman hidup.

Negara China menghadapi krisis jurang jantina yang serius ekoran daripada pengguguran anak perempuan selepas polisi pengawalan berapa orang anak setiap keluarga harus ada diperkenalkan di negara tersebut. World Economic Forum dan The Guardian melaporkan kini nisbah bilangan populasi lelaki lebih tinggi daripada wanita dengan 114 lelaki untuk setiap 110 wanita di China.

Akibat tidak keseimbangan jantina ini, ramai lelaki di sana membujang atau lambat berkahwin kerana sukar untuk mencari isteri dan ‘bunga’ di sana yang mungkin tinggal sekuntum.

Zheng Jiajia sudah berputus asa dalam mencari cinta dan penat dengan desakan keluarganya supaya berkahwin. Lalu jurutera berusia 31 tahun ini nekad memperisterikan Yingying, sebuah robot yang dibinanya sendiri.

Setelah dua bulan ‘bercinta’ dan mengenal hati budi, Zheng dan Yingying berkahwin dalam sebuah majlis yang dihadiri oleh ibu Zheng dan rakan-rakannya di timur bandar Hangzhou walaupun perkahwinan itu tidak diiktiraf oleh pihak berkuasa. Kepala Yingying ditutup dengan kain alas berwarna merah mengikut tradisi perkahwinan masyarakat Cina.

Yingying hanya mampu bercakap dan membaca beberapa patah perkataan bahasa cina. Zhen juga perlu mendukung isterinya yang seberat 30 kg itu ke sana ke mari dan dia bercadang untuk upgrade ‘pengantinnya’ agar boleh berjalan dengan betul dan membuat kerja rumah.

Zheng yang sebelum ini bekerja di Huawei, sebuah syarikat pengeluar telefon pintar, berhenti untuk memulakan syarikat yang berteraskan Kepintaran Buatan (Artificial Intelligence) dan mahu mereka cipta lebih ramai robot seperti Yingying untuk lelaki-lelaki yang kesunyian sepertinya.

Begitulah kisah pasangan ‘suami isteri’ yang tidak mengenal sempadan teknologi dan jasad. Persoalannya, bagaimana agaknya lelaki ini menyambung keturunan dengan robot tersebut?

 

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca